Nampak sangat JPN bersekongkol dengan SPR | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 02, 2011

Nampak sangat JPN bersekongkol dengan SPR

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.

Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya. - Hrkh.
Sangat menakjubkan kalau kes Misbah ni telus. Masa disemak di sebelah pagi, status dia masih sebagai Penduduk Tetap tapi bila disemak pada sebelah petang status dia dah berubah kepada Warganegara. Yang mushkilnya, status semakan kad pengenalan menunjukkan yang MyKad dia dah pun dituntut. Gila punya kerja, tah bila status warganegara dia disahkan dan bila pula dia tuntut kad pengenalan dia.

Aku harap ada yang boleh tolong bagi maklumat terpeinci kat mana alamat sebenar Misbah ni. Kalau dapat alamat, senang la kalau ada yang nak buat siasatan apa cerita sebenar kes Misbah ni. Kalau dapat gambar dia sekali lagi bagus.

Kita tengok pulak, lepas ni sapa pulak yang akan jadi kambing hitam.

Kalau tak silap aku, kes ni aku tengok mula didedahkan dalam blog AmenoWorld. Lepas tu Perisik Rakyat pulak keluarkan satu senarai panjang nombor kad pengenalan yang ada kon '71' kat tengah iaitu yang lahir di luar negara dengan imej utama kad MyPR Misbah. Isu Misbah ni jadi tumpuan umum bila Malaysiakini buat laporan lanjut.

Kes Misbah ni pada aku adalah bukti yang menunjukkan memang ada konspirasi antara JPN dengan SPR untuk membolehkan wagranegara asing dapat kad pengenalan dan boleh mengundi masa PRU13 nanti.

Jangan lupa, sebelum ni kecoh bila tersebar surat dari Umno Cawangan Hulu Selangor kepada Menteri Dalam negeri macam yang didedahkan oleh blog MiloSuam:
Salah satu taktik keji yang dilakukan oleh mereka dibongkarkan hari ini. UMNO Cawangan Hulu Selangor telah menghantar sepucuk surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin Onn, memohon kelulusan mendapatkan Warganegara Malaysia untuk warga asing yang sudah dipilih dan dikenal pasti bagi membantu kemenangan Barisan Nasional di kawasan Hulu Selangor pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. - MiloSuam.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...