Isu JAIS Memeriksa Gereja – Mengenal Ahli Politik Yang Ikhlas Dan Berkepentingan.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 20, 2011

Isu JAIS Memeriksa Gereja – Mengenal Ahli Politik Yang Ikhlas Dan Berkepentingan..

Kat bawah ni aku salin tampal apa yang boleh dianggap 'surat terbuka' yang sangat patut dibaca oleh ahli politik terutama sekali wakil rakyat Pakatan Rakyat yang beragama Islam untuk diambil pengajaran dan iktibar. Wakil Rakyat Umno tak payah baca pun takpa, buang masa ja.
 
Untuk wakil rakyat 'celaka' yang berkenaan, aku tak reti nak komen apa-apa, cuma yang aku mushkilnya, awat la wakil rakyat tu tak lompat masuk Umno, memalukan PR ja ada wakil rakyat macam tu. Kalau lompat tentu jadi hebat macam Zulkifli Nordin.
   
Isu JAIS Memeriksa Gereja – Mengenal Ahli Politik Yang Ikhlas Dan Yang Berkepentingan..
oleh Ust Amin

Saya mengikuti perkembangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memeriksa gereja sejak saya di China lagi. Sekembali dari China pada 6 Ogos 2011, ingin sahaja saya mengulas mengenainya, tetapi kerana beberapa hal, tidak sempat untuk mengulasnya.

Kesempatan kali ini, saya hanya ingin mengulas sedikit, tetapi hanya dari satu sudut sahaja iaitu mengenai pandangan dari ahli-ahli politik yang berada di negara kita ini.

1. Apa juga isu yang timbul di negara ini, akan ada orang yang ikhlas dan ada orang yang ingin mengambil kepentingan dan keuntungan.

2. Begitu juga dengan kes JAIS di dalam memeriksa gereja ini. Banyak sahabat-sahabat dari ahli politik yang memberi ulasan secara tegas dan jujur dan ada juga yang memberikan komen popular.

3. Bagi mereka yang memberikan ulasan secara tegas dan jujur di dalam mempertahankan kepentingan Islam, syabas dan tahniah diucapkan, tetapi yang memberikan komen popular hingga kadang-kala kepentingan Islam menjadi nombor dua, mudah-mudahan anda selamat dengan cara anda ini.

4. Saya pernah terlibat dengan kes seperti ini di dalam peristiwa HIV yang tinggal di gereja pada tahun 2009 dan saya ingin nukilkan pengalaman saya bersama orang politik. Ada di antara mereka yang tegas dan ikhlas dan ada juga yang ingin mengambil pendekatan popular.

5. Ketika kes HIV di gereja menjadi hangat, saya pernah dihubungi oleh bahagian pemuda PAS dan secara jujur bertanya apakah yang boleh mereka bantu. Kejujuran mereka terlihat dari kesungguhan mereka . Selain itu, ramai juga orang Islam dari mana-mana parti politik yang bersama-sama datang dan berusaha membantu.

6. Dalam waktu yang sama, ada satu pihak lain yang memberi ingatan sinis pada saya seolah-olah di belakang saya ada pihak-pihak yang ingin memburuk-burukkan kerajaan Selangor kala itu. Kalau dilayankan peringatan mereka, mungkin pesakit HIV masih lagi berada di dalam gereja.

7. Kes HIV di gereja semakin hangat dan kali ini, saya dipanggil untuk bertemu bekas menteri dan soalan pertama saya diajukan pada saya ialah

“benda ini berlaku pada zaman saya atau baru ni..” katanya.

“Maaf Dato’, benda ni dah lama sebenarnya, zaman Dato’ lagi. “ jawab saya.

“Oh, kalau dah lama susahlah sikit nak buat..” satu jawapan yang agak mengejutkan saya ketika itu.

Baca seterusnya di sini.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...