CikguDin tulis dalam blog dia SisiBukit:
SPR makin bodoh tak boleh diajar. Menteri yang jaga SPR Nazri Aziz pula minta dicari bukti. Dengan menggunakan Kad Pengenalan lama mereka boleh mengundi dua kali dalam satu masa. Hanya ubah sempadan lokaliti dan DUN, si pengundi ini boleh mengundi di dua Parlimen. Satu undi pangkah untuk mengalahkan DS Nizar di Bukit Gantang dan satu undi lagi untuk mengalah YB Nga Kor Meng di parlimen Taiping.
Kita lihat maklumat di bawah , Mohd Rashid bin Ismail boleh mengundi dua kali.
No Kad Pengenalan Lama: 6397062
No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail - Sisibukit.
Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR:
Yang aku mushkilnya, kalau ikut maklumat hasil carian di web SPR tu, nampak macam Abang Rashid ni duduk di Gukit Gantang atau Taiping tapi pasai apa dia nak kena ambil MyKad di JPN Putrajaya.
Ada kemungkinan dia memang duduk di Putrajaya. Tapi aku lebih yakin ada orang di Putrajaya yang tolong buat MyKad tu lepas tu dia tolong daftarkan nama tu sebagai pengundi dan seterusnya akan tolong ambil MyKad tu untuk dibagi kepada pengundi hantu belaan Umno BN.
Aku harap CikguDin dengan jentera Bukit Gantang dan Taiping siasat sapa sebenarnya Abang Rashid ni. Mana tau kot-kot dia penyokong Pakatan Rakyat, boleh dapat tambahan undi free. Dan kalau dia jenis 'kepala keras', mungkin boleh pujuk dia saman SPR dan JPN, Hj Asmuni tentu sanggup jadi loyar dia punya, free of charge.
Apa pun, aku yakin kaedah paling baik untuk tackle isu ni takdak lain melainkan kita semua menggesa supaya dilancarkan BERSIH 3.0 dalam masa terdekat ni. Tempoh 3 bulan yang BERSIH 2.0 bagi tu lama sangat la.
[Sumber Imej: Blog Sisibukit]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis