KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah hilang kredibiliti dan tidak layak untuk mengendalikan sistem pilihan raya negara ekoran terlalu banyak kepincangan.Memang tepat macam yang Ketua Pemuda PAS kata tu, SPR dengan anggota yang ada sekarang ni memang tak layak mengendalikan pilihanraya.
Tegas ketuanya Nasrudin Hassan, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejaskan nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.
“Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti-parti politik yang menyertai pilihan raya tidak mampu disangkal lagi, malah ia telah melurut jatuh seluruh uniform pengerusi dan timbalan pengerusi SPR di hadapan umum.
“Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru tegas beliau, pilihan raya tidak boleh diadakan dengan “berhakimkan” pengurusan SPR sedia ada. - TMI.
Sebelum ni, pembangkang cuma riuh pasai pengundi hantu tapi tak bentangkan bukti tapi semenjak dua menjak ni banyak sangat bukti yang dah dikeluarkan dan aku yakin akan terus dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan SPR memang tak sepatutnya dibagi kepercayaan untuk kendalikan pilihanraya.
Yang paling teruk sekali bila didedahkan orang yang bernama 'Kg Baru' pun ada dalam daftar pemilih yang dah disahkan. Mungkin kes tu adalah kesilapan manusia, tapi kesilapan tu pada aku memang tak sepatutnya berlaku. Tapi tak mustahil jugak macam yang aku tulis sebelum ni 'kesilapan' tu terjadi pasai ada sindiket memasukkan pengundi hantu yang beraksi sebagai 'si anjing Umno' yang buat kerja tanpa melalui prosedur biasa.
Aku setuju sangat bila Ketua Pemuda PAs dilaporkan berkata:
berikutan kegagalan SPR menyelesaikan dan membersihkan segala kepincangan yang berlaku tegas beliau Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu merombak badan pengurusan pilihan raya itu. - Ibid.Macam yang aku tulis sebelum ni, memang jelas digariskan dalam perlembagaan Perkara 114(2), memang tanggungjawab Agong untuk melantik anggora SPR yang MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Apa pun, aku yakin hasrat supaya anggota SPR dirombak cuma boleh berjaya kalau kita lancarkan BERSIH 3.0 dalam masa terdekat ni. Tempoh 3 bulan yang BERSIH 2.0 bagi sebelum ni aku rasa lama sangat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis