Mat Sabu patutnya tak payah tunggu inkuiri Suhakam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 10, 2011

Mat Sabu patutnya tak payah tunggu inkuiri Suhakam

MalaysianInsider melaporkan:
“Mengikut undang-undang (Akta) Suhakam, mana-mana kes yang telah dibawa ke mahkamah kes itu tidak boleh disemak oleh Suhakam.
 
“Macam kes Mat Sabu (Mohamad) kalau beliau bawa ke mahkamah atau polis dakwa di mahkamah, Suhakam tidak boleh terlibat dalam kes itu,” kata Mohamad Sha’ani kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menasihatkan Mohamad supaya menangguhkan hasrat untuk menyaman polis sehingga keputusan prosiding inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita memang tidak boleh siasat kalau dah bawa ke mahkamah, kalau nak kami siasat beliau (Mohamad) tangguhkan dulu.

“Selepas siap inkuiri awam, beliau boleh saman... kalau beliau saman sekarang kita tidak boleh panggil beliau memberikan keterangan,” katanya.

Bagaimanapun tambah Mohamad Sha’ani, pihaknya tidak menghalang sekiranya Mohamad mahu berbuat demikian.

“Ia terpulang kepada beliau, kita tiada masalah,” katanya.

Sementara itu Mohamed Hanipa pula berkata pihaknya akan menunggu sehingga keputusan inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita akan tunggu, lagi pun kita bukan nak cepat. Mat Sabu juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya. - TMI.
Aku tak berapa setuju dengan keputusan Hanipa ni. Pada aku Mat Sabu patut teruskan proses saman polis ni dan tak payah tunggu inkuiri Sukaham.

Sebagai Timbalan Presiden PAS, aku yakin saman yang akan dibuat tu akan dapat tarik perhatian rakyat Malaysia, tambah-tambah pulak pihak polis sendiri bagi perhatian khusus dengan kes Mat Sabu ni sampai keluarkan satu video khas yang disiarkan berulang kali dalam TV untuk bela diri.

Pada aku kepentingan utama kes saman Mat Sabu ni adalah untuk bagi rakyat lebih buka mata kepada tuntutan BERSIH 2.0 dan pasai apa perlunya pilihanraya yang bersih dan adil, tak semata-mata untuk buktikan yang polis bertindak ganas tapi untuk kekalkan momentum 'demam kuning' sehingga PRU13.

Aku cukup setuju dengan apa yang Greenbox tulis:
Biar Mat Sabu bawa kesnya ke mahkamah. Biar beliau ajar polis yang menipu itu cukup-cukup.

GB rasa ada berpuluh lagi saksi lain yang boleh dipanggil mengkisahkan keganasan dan kezaliman polis pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Dan jangan lupa panggil sekali Ketua Polis Negara dan Timbalannya serta Menteri KDN yang acapkali keluarkan kenyataan yang menyatakan perhimpunan Bersih 2.0 itu sebagai perhimpunan haram sedangkan perhimpunan itu adalah SAH di sisi Perlembagaan. - Greenbox.
Mungkin Hanipa dan Mat Sabu takut timbul persepsi negatif kalau tak bagi kerjasama dengan siasatan Suhakam. Pada aku tak timbul soal tak bagi kerjasama pasai memang ramai ahli PAS sendiri yang tampil bantu siasatan Suhakam.

Cumanya, kes Mat Sabu ni special sikit dengan kedudukan dia sebagai orang no 2 dalam PAS dan perhatian pihak polis sendiri dalam kes Mat Sabu tu.

Aku sebenarnya risau kalau keputusan dari inkuari Suhakan tu tak menyebelahi kita. Kalaupun keputusan inkuiri Suhakam tu menyebelahi kita tapi mungkin juga inpact dia tak berapa kuat. Lagi pun selama ni pun, kerajaan bukan ambik berat sangat dengan cadangan dari Suhakam ni. Malah tak mustahil keputusan inkuiri BERSIH 2.0 ni akan jadi macam keputusan Suruhanjaya siasatan Teo Beng Hock baru ni.

Lagi satu, bila kes Mat Sabu tu dah masuk inkuari Suhakam, mahkamah pun dah tak berapa boleh bebas, nak tak nak kena rujuk jugak dengan keputusan inkuari Suhakam tu.

Tapi, apa boleh buat, Hanipa dah pun buat keputusan dan Mat Sabu pun dah bagi persetujuan dengan keputusan tu dan dah dihebahkan di media pun. Takkan nak ubah pulak keputusan tu, nanti timbul persepsi lain pulak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...