Jangan lupa, esok tarikh akhir hantar bukti | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 02, 2011

Jangan lupa, esok tarikh akhir hantar bukti

Malaysiakini melaporkan:
BERSIH 2.0 menetapkan Rabu ini sebagai tarikh terkhir bagi penyerahan bukti mengenai keganasan dan penggunaan kuasa melampau oleh polis pada perhimpunan 9 Julai lalu.
 
Gabungan itu bersama NGO, Suaram sedang mengumpul kes dan bukti bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang kemudiannya akan mengadakan inkuiri awam berhubung dakwaan tersebut.

“Adalah penting untuk orang ramai memberitahu pengalaman mereka supaya ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan,” kata BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Ia meminta peserta perhimpunan yang mengalami penderaan fizikal (seperti dipukul, ditendang, ditampar, dipukul menggunakan baton dan lain-lain) dan penderaan melalui kata-kata kesat serta mereka yang ditangkap atau ditahan, tampil memberi maklumat. - Mkini.
Hari ni dah hari Selasa, maknanya esok hari akhir untuk hantar.

Bagi yang ada gambar atau video macam yang Suhakam nak tu, tolong la jangan malu-malu hantar. Untuk memudahkan, bersih dah sediakan satu borang khas yang boleh didownload kat sini.

Antara maklumat yang depa nak sangat:
  • Keadaan ketika kematian arwah Baharuddin Ahmad
  • Penangkapan Muhammad Sabu
  • Serangan polis yang tidak berpatutan di terowong KL Sentral
  • Tangkapan dan layanan ganas oleh pegawai polis
  • Tembakan air asid dan gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin
Aku harap sangat mangsa yang dalam video kat bawah ni tampil buat laporan. Memang sial polis tu, kawan dah kena ikat tangan kat belakang, elok-elok jalan tiba-tiba polis tu tumbuk kat perut dua tiga kali pulak tu, memang SIAL.





Yang lagi SIALnya, mamat polis ni pakai baju takdak nombor, mulut pulak tutup dengan saputangan macam pencuri zaman dulu-dulu. memang SIAL.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...