Kecewa dengan cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftra pemilih yang didedahkan media, BERSIH 2.0 bercadang mengheret suruhanjaya itu ke mahkamah.Aku sangat-sangat tak setuju BERSIH 2.0 ambik pendekatan perundangan. Tak kira la depa ada kes ka dak, tak kira la depa fikir depa boleh menang ka dak.
Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan percaya apa yang dilakukan SPR dengan sewenang-wenangnya memadam atau meminda butiran pengundi sebagai tindakan yang tidak sah.
"Saya tidak pasti mereka sebenarnya boleh melakukannya - hanya membuang nama dan meletakkan nama dan menukar beberapa perkara. Mereka akan dakwa bahawa mereka beroperasi di bawah peraturan-peraturan yang melayakkan mereka memperbetulkan kesilapan pengkeranian," katanya. - Mkini.
Kita semua tau yang Ambiga tu peguam yang hebat dan memang tak heran la kalau dia berkeras nak gunakan saluran undang-undang.
Tapi aku sangat-sangat tak setuju kepentingan 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang nak pilihanraya yang bersih di Malaysia kita letakkan di tangan seorang hakim.
Memang tak boleh dinafikan, ada hakim yang benar-benar jujur dan sanggup menyebelahi kebenaran walau apa pun kosnnya. Tapi masalahnya berapa orang sangat hakim yang macam tu.
Berapa orang sangat hakim yang sanggup melawan kalau ada 'arahan' dari pihak yang lebih atas. Berapa orang hakim yang sanggup lawan 'arahan' Ketua Hakim Negara contohnya yang pernah jadi penasihat undang-undang Umno.
Memang ada beberapa kes yang nampak macam mahkamah menyebelahi rakyat bila lawan dengan pemerintah, tapi berapa kes sangat. Tambah-tambah pulak kes ni kes besar, kes yang akan bagi kesan langsung kepada hidup atau berkuburnya Umno BN. Dah tentu la Umno BN melalui 'si anjing Umno' yang ada dalam sistem kehakiman akan pastikan kes kerajaan tak kalah dalam kes ni.
Masalah yang paling besar sekali, sapa yang tentukan hakim mana yang akan mengendalikan kes ni kalau dibawa ke mahkamah nanti. Sapa boleh nafikan kemungkinan hakim macam mendiang Agustin Paul yang akan kendalikan kes ni nanti.
Takkan kita dah lupa dengan perkataan 'tak relevan' yang cukup popular masa tu. Takkan kita dah lupa macamana tilam diusung beberapa kali tapi akhirnya ditolak sebagai bukti. Takkan kita dah lupa macamana tarikh kesalahan pun depa boleh ubah beberapa kali.
Kalau hakim macam tu yang kendalikan kes tu tak kira berapa kuat pun bukti dan hujjah peguam BERSIH 2.0, kita memang takdak harapan punya la nak memang.
Lagi satu masalahnya kalau dah masuk mahkamah berapa lama pulak kes tu baru nak selesai. Aku berani jamin, kes tu takkan selesai sebelum PRU13 yang mungkin akan diadakan seawal hujung tahun ni.
Dalam masa proses mahkamah tu lagi senang pihak SPR dan 'Putrajaya' nak jawab. Depa akan dengan mudah kata "Kita tunggu proses mahkamah dulu." Ataupun yang lagi sakit hati "Kita tak boleh ulas isu ni takut mengganggu proses mahkamah pulak." Langsung tak menguntungkan.
Jadinya aku harap sangat BERSIH 2.0 batalkan hasrat nak gunakan saluran undang-undang tu. Untuk apa kita serahkan kuasa kepada seorang hakim sedangkan selama ni kita dah serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk jadi hakim.
Mungkin dah sampai masa orang lain pulak jadi pengerusi BERSIH 3.0 macam Ambiga ambilalih bila BERSIH ditukar menjadi BERSIH 2.0.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis