PAS bagi hint awal sebelum perjumpaan dengan pihak gereja | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 14, 2011

PAS bagi hint awal sebelum perjumpaan dengan pihak gereja

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja.
  
“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik PAS di ibu pejabat parti, di sini, petang tadi.
    
Selama ini, ujarnya pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

Oleh itu, jelasnya PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut.

“PAS berharap tindakan pendakwaan tersebut dapat dijalankan seberapa segera bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang mengapi-apikan isu ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama, tambah beliau PAS berharap semua pihak mendapatkan maklumat yang tepat, benar dan adil tentang peristiwa yang berlaku dan tidak disalahgunakan untuk menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan politik pihak tertentu yang akhirnya menimbulkan keresahan kaum di negara ini.

Beliau berkata, dalam rangka untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh bagi isu itu, PAS bersedia bertemu dengan kedua pihak iaitu Harapan Komuniti yang menjalankan majlis tersebut dan pihak Jais. - Hrkh.  
PAS nampaknya melalui mesyuarat Lajnah Politik PAS yang dipengerusikan oleh Mat Sabu dah bagi hint awal sebelum perjumpaan dengan pihak gereja berkenaan yang dijadualkan akan diadakan hari Selasa ni.

PAS cuma nak dengar sendiri cerita dari pihak gereja apa yang depa tak puas hati dengan tindakan Jais tu. Mungkin kut kalau ada  tindakan JAIS yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan, tambah-tambah lagi kalau tindakan JAIS tu bertentangan dengan dengan akhlak dan kaedah Islam. Dalam bab tu mungkin PAS boleh bela pihak gereja.

Mesej awal tu cukup jelas dan terang, kalau betul ada usaha untuk memurtadkan orang Islam, PAS memang tak akan sebelahi pihak gereja  dalam bab tu.

PAS amat menghormati hak kebebasan beragama yang memang diiktiraf dalam Islam macam yang digariskan dalam Perlembagaan tapi dalam masa yang sama PAS mesti bertegas jugak dengan isu penyebaran agama lain kepada orang Islam macam yang jugak ada digariskan dalam Perlembagaan, malah dalam Islam hukuman lebih keras lagi kepada orang Islam yang murtad yang jika sabit boleh dijatuhkan hukuman bunuh.

Lajnah Politik PAS sangat sedar isu ni akan bagi kesan politik kepada PAS. Apa pun pendirian yang PAS ambil akan bagi kesan politik. Kalau PAS menyebelahi JAIS tentu punya ada orang Kristian yang tak puashati dan PAS mungkin akan hilang undi orang Kristian, malah orang Kristian yang ada dalam DAP dan PKR pun mungkin akan marah. Sikit sebanyak memang akan ada kesan.

Apa pun, tindakan PAS jumpa pihak gereja tu sangat cantik. Sekurang-kurangnya PAS berpeluang untuk dekati lagi pihak gereja dan dapat terangkan secara terus apa pendirian PAS dalam isu-isu sensitif macam ni. 

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...