KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.Hasrat tu nampak macam bagus dah. Mekanisma yang Najib cadangkan tu pun nampak macam bagus dah.
Perdana Menteri berkata jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.
"Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan. - mStar.
Cumanya aku tak boleh nak ber'khusnuz dzan' dengan cadangan Najib ni. Apa pulak muslihat Najib kali ni. Sungguh aku tak percaya langsung bila Najib kata "kerajaan menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan." Aku langsung tak percaya.
Dalam keadaan macam sekarang ni, macam yang Alias Aspan tulis, BN cuma berpeluang untuk menang 108 kerusi saja, aku langsung tak percaya yang Najib ikhlas bila dia kata "saya dan anggota-anggota kabinet tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan tubuh kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan Barisan Nasional."
Sungguh, langsung aku tak percaya. Takkan kut Najib sanggup buat benda yang akan kurangkan lagi peluang untuk Umno BN kekal sebagai parti yang memerintah Malaysia. Takkan kut Rosmah sanggup biarkan dia tak jadi 'Wanita Pertama' lagi lepas PRU13 nanti.
Aku cukup yakin Najib ada agenda tersembunyi bila dia berani cadang ditubuhkan JK Terpilih Parlimen Mengenai Pembaharuan Pilihan Raya tu. Cumanya aku tak belum nampak apa sebenarnya agenda Najib tu.
Apa pun, aku tak nampak sebab untuk Pakatan Rakyat tolak cadangan Najib tu. Nak tak nak, Pakatan Rakyat terpaksa jugak terima cadangan tu.
Harapnya wakil Pakaran Rakyat yang akan dipilih nanti adalah orang yang benar-benar boleh bawa aspirasi rakyat yang nakkan pilihanraya yang bersih dan adil. Bukan setakat bersih dan adil tapi kena dilihat bersih dan dilihat adil.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis