BERSIH 2.0 akan kembali hangat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 05, 2011

BERSIH 2.0 akan kembali hangat?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Mahkamah Tinggi Malaya di sini diminta mengisytiharkan bahawa tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pada himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah suatu tangkapan yang salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang.
 
Alasan yang diberikan oleh pihak polis bagi mengesahkan penahanan dan tangkapan tersebut adalah bukan-bukan, sengaja diada-adakan dan tidak mempunyai sebarang asas undang-undang.
 
Razman, 51, dalam tuntutannya berkata, akibat dari penahanan itu, hak asasi beliau untuk bergerak bebas di seluruh negara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah terjejas dan dicabul oleh pihak polis.

Menurutnya, beliau juga telah menghadapi dan mengalami kerosakan akibat dari tekanan emosi, tekanan mental dan penghinaan ekoran dari tangkapan salah, tidak sah dan haram itu.

"Keadaan itu lebih dirasai lagi apabila saya dikurung dalam truck yang panas, bertutup kanvas di kiri kanan, kurang udara dan penuh sesak dengan puluhan tahanan-tahanan yang lain yang tidak dikenali oleh saya," katanya dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di sini, hari ini.

Writ saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Awi & Co, 28A, Hala Taman Meru II, Pusat Komersial Meru 2B, Ipoh, Perak di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 11.30 pagi.

Peguamnya, Asmuni Awi menjelaskan, menerusi writ saman yang difailkan oleh beliau bagi pihak anak guamnya itu, Ketua Polis Negara dinamakan sebagai defendan pertama, manakala Kerajaan Malaysia pula sebagai defendan kedua. - Hrkh.
Akhirnya, lepas dekat sebulan himpunan BERSIH 2.0, PAS melalui lajnah Undang-undang mula failkan saman ke atas polis dan kerajaan Malaysia. Saman ni tujuannya supaya mahkamah istiharkan semua tangkapan berkaitan BERSIH 2.0 tak sah.

Aku yakin, proses mahkamah ni akan ambil masa yang lama. Jadinya, aku harap sangat, tindakan saman yang katanya akan dibuat secara berperingkat-peringkat akan dibuat liputan secara bersar-besaran. Biar rakyat Malaysia boleh mengikuti secara dekat proses mahkamah ni.

Laporan tu juga menyebut:
"Kes yang akan saya tangani bersama rakan-rakan peguam lain bagi pihak Lajnah Undang-Undang PAS Pusat sekitar 50 orang semuanya dan kesemuanya adalah dari Perak," katanya.

Tindakan saman membabitkan 2 orang Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan difailkan Isnin ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan dikendalikan bersama oleh peguam Zulhazmi Shariff dan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Manakala tindakan saman membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan dikendalikan oleh peguam Hanipa Maidin. - Ibid.
Aku harap sangat, hasrat PAS untuk mengekalkan momentom BERSIH 2.0 melalui tindakan saman di mahkamah ni akan tercapai. Biar semangat BERSIH 2.0 terus hidup dan panas sehingga PRU13.

Tindakan saman ni satu hal, tapi yang lebih penting lagi macamana nak bagi proses saman di mahkamah ni jadi sentiasa panas dan menarik minat rakyat Malaysia untuk terus ikuti secara dekat.

Mungkin Harakahdaily boleh buat semacam 'cover-it live' setiap kali ada perbicaraan. Biar orang ramai dapat baca secara terus apa hujjah BANGANG dari peguam belah sana.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...