Cuma ada sekitar 1,240 kesilapan, boleh percaya ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 19, 2011

Cuma ada sekitar 1,240 kesilapan, boleh percaya ka?

Malaysiakini melaporkan:  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”. - Mkini.  
Aku tak pasti macamana SPR buat anggaran tu. Kalau 0.0001 peratus dari 12.3juta pengundi yang ada dalah senarai Daftar Pemilih seluruh Malaysia, maknanya cuma ada sekitar 1,240 kesilapan.

Betui ka ada lebih kurang banyak tu saja. Aku rasa macam sikit sangat pulak. Kalau ada sapa yang rajin tolong kira dah ada berapa kes yang dibentangkan dalam dalam internet setakat ni cantik jugak. Aku yakin dah lebih dari tu.

Tapi kalau betul macam yang Shuhaizan kata, ada beribu kes yang Dewan pemuda PAS jumpa, maknanya anggaran yang pengerusi SPR 'si anjing Umno' tu bagi tak betul.

Pemuda PAS Selangor saja kata depa jumpa 17,000 pengundi bertindan. Tu tak masuk lagi pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud. Nama ada dalam daftar SPR tapi bila di semak dengan web JPN no tu tak ujud.

Dalam Daftar Pemilih Parit Buntar pun ada kes nama tak ujud dalam database JPN tu macam yang aku bentangkan dalan entry sebelum ni. Aku tak semak semua lagi dalan senagrai 239 nama tu.

Tengok la malam ni kalau aku rajin. KAlau aku jumpa aku akan paparkan kat dalam blog aku ni nanti secara berperingkat.

BTW, aku yakin sangat anggaran 0.0001 tu kecik sangat dan Pengerusi SPR tu saja bagi angka tu nak tunjukkan yang peratus kesalahan tu sangat kecil, padahal realitinya aku yakin jauh lebih besar dari tu.

Tapi sepatutnya, SPR dengan mudah boleh sediakan Daftar Pemilih yang zero defect kalau SPR setuju dengan cadangan BERSIH supaya diadakan pendaftaran automatik menggunakan database JPN. Kalau pun ada kesalahan lepas tu, SPR boleh cuci tangan dan kita (termasuk SPR) boleh sama-sama belasah JPN dan kerajaan pimpinan Umno BN.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...