DAP dan PKR berebut kerusi di Penang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 28, 2011

DAP dan PKR berebut kerusi di Penang

Malaysiakini melaporkan:  
Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (kiri), berkata partinya "tiada pilihan" tetapi memohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi dewan undangan negeri dari PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.
 
Sekiranya DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang, ia akan dilihat sebagai parti "anti-Melayu dan cauvinis", kata Zulkifli, yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau berkata parti itu akan dilabelkan sedemikian walaupun sejarah telah membuktikan bahawa DAP pernah mengemukakan calon-calon Melayu yang bertanding dai 13 kerusi pada pilihan raya negeri sebelum ini. - Mkini. (27/08/2011)
Perebutan kali ni lebih menarik, pasainya yang mintak kerusi PKR tu bukannya Guan Eng tapi pemimpin melayu DAP. Depa katanya mintak kerusi untuk calon melayu DAP supaya DAP tak lagi di label parti "anti-Melayu dan cauvinis"

Lebih menarik, katanya antara kerusi yang depa mintak tu termasuk kerusi Dun Batu Maung yang sekarang ni disandang Malik Kasim yang juga Exco Penang.

Utusan pulak melaporkan:
PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal.

Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya.

"Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang.

"Kalau mahu terus memperkuatkan pembangkang di negeri ini, kita tidak boleh terus bersikap degil sebaliknya meletakkan calon lebih berkaliber di kerusi-kerusi lemah ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. - Utusan.
Kalau ikut laporan Utusan tu, melayu DAP mintak kerusi tu pasai kerusi tu goyah kalau calon PKR bertanding lagi.

Aku taktau yang mana satu alasan yang depa guna, mungkin dua-dua sekali kut.

Apa pun, kira ok jugak la depa mintak awal. Kalau nak 'berkelahi' elok la berkelahi awal. Bila awal 'berkelahi' harapnya boleh selesai awal.

Harapnya, kalau jadi calon melayu DAP bertanding dan menang, jangan la pulak Guan Eng buat gila lantik Adun melayu DAP tu jadi Exco Agama. Tentu punya melompat puak-puak songkok tinggi kalah beruk kena belacan nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...