Semalam aku petik laporan Utusan yang melaporkan:
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.Hari ni, bertubi-tubi laporan Utusan pasai isu ni.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. - Ibid.
Antaranya:
Mat Sabu pendokong komunisWalaupun sampai sekarang ni belum lagi dengar tapi aku yakin ada pimpinan PAS yang tak puas hati dengan kenyataan Mat Sabu tu.
KUCHING 27 Ogos – Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.
Mat Sabu 'pembesar suara' DAP - Razali Ibrahim
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didesak memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anggota polis yang mempertahankan diri dalam tragedi berdarah Bukit Kepong.
Apakah ini bab pertama Mat Sabu mahu halalkan PKM?
PUTRAJAYA 27 Ogos - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendewa-dewakan komunis dengan menganggap kumpulan pengganas itu hero sebenar tragedi Bukit Kepong mesti ditentang habis-habisan.
Kenyataan Mat Sabu kurang ajar
PUTRAJAYA 27 Ogos - Bekas tentera di negara ini menyelar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong dan menyifatkan kenyataannya sebagai biadab dan kurang ajar
Pemuda BN Pagoh buat laporan polis ke atas Mat Sabu
PAGOH 27 Ogos - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong 1950, dalam ceramahnya baru-baru ini.
Mat Sabu kuat berbohong – Mohd. Isa
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Sikap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat Malaysia tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau pemimpin yang kuat berbohong dan ‘tidak boleh pakai.’
Tak kira la kenyataan kontroversi Mat Sabu tu akan bagi untung atau bagi rugi PAS, yang penting sekarang ni macamana nak pastikan kenyataan kontroversi Mat Sabu tu tak merugikan PAS.
Apa pun, Jentera Penerangan PAS nak kena uruskan isu ni sebaik mungkin. Rakyat kena dibagi kefahaman isu yang sebenarnya.
Dari segi isunya, isu ni tak sepatutnya merugikan PAS pasainya apa yang Mat Sabu kata tu walaupun kontroversi tapi memang betul dan tepat. Kalau penerangan kita sampai aku yakin takdak sapa pun yang boleh menidakkan apa yang Mat Sabu kata tu.
Tak sepatutnya ada orang yang BANGANG nak sokong penjajah dan lawan pejuang yang menentang penjajah.
Cuma masalahnya macamana kita nak pastikan penerangan kita sampai kepada semua. Dengan realiti kekuatan yang kita ada sekarang ni, aku tak yakin penerangan kita boleh sampai ke setiap pintu rumah.
Satu cabaran yang cukup besar untuk Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru dilantik, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis