Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan mahkamah majistret membebaskan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu daripada tuduhan menghalang tugas penjawat awam pada 2007.Aku sebenarnya terlepas pandang kes Mat Sabu pada 28 Disember tahun lepas. Pada tarikh tu Mahkamah Jawi buat keputusan kes Mat Sabu yang kena tahan dekat tol Jawi lepas balik dari kenduri kahwin anak dia kat rumah besan dia di Ipoh.
Sehubungan itu, Hakim Datuk Zamani A Rahim mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang yang membebaskan Mohamad dari tuduhan tersebut kerana waran tangkap terhadapnya diragui.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, selain bersetuju dengan keputusan mahkamah majistret itu, Zamani berkata, pertuduhan terhadap Mohamad juga cacat. - Mkini.
Dari laporan Malayiakini tu, aku ambik faham Mat Sabu dibebaskan dari petuduhan tu dan kemuan pihak pendakwa merayu keputusan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Malang bari Umno BN, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengekalkan keputusan yang majestrait Mahkamah Jawi atas asas waran tangkap ke atas Mat Sabu tu diragui dan pertuduhan juga cacat.
Cumanya yang aku mushkilnya, apa cerita dengan isu polis pecahkan cermin kereta Mat Sabu tu. Macam yang aku ada tulis dulu, Mat Sabu kata dia nak saman polis yang pecahkan cermin kereta dia tu.
Sebentar tadi Tuan Haji Mat Sabu memberitahu orang ramai yang mendengar ceramah beliau di Musolla BT 8,Jalan ChangkatJering- Trong beliau akan menyaman mereka yang memecah cermin kereta beliau sewaktu cuba ditahan dulu. - Cenangau.Elok juga kalau Bang Mat Sabu ambil tindakan saman polis tu. Aku tau Mat Sau tak kisah pasai cermin kereta dia yang pecah tu, pasai ramai yang sanggup tolong bayar pasang cermin baru tapi masalahnya kerja buat polis tu yang kita kena pertikaikan supaya lain kali polis tak sewenang-wenangnya pecahkan cermin kereta orang, tambah-tambah pulak tanpa waran yang sah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis