Hakim mahkamah Jawi penakut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 17, 2010

Hakim mahkamah Jawi penakut?

Aku tersilap hari bulan, aku ingat hari ni 16 Disember, rupanya semalam. Jadinya aku terlepas perbicaraan kes Abang Mat Sabu dengan 10 yang lain di mahkamah majistret Jawi semalam.

[Gambar lama - Hkrh]
Nasib baik, harakahdaily cover berita tu. Harakahdaily melaporkan:
BUTTERWORTH, 16 Dis: Saksi kes dakwaan menghalang pejawat awam menjalankan tugas terhadap Haji Mohamad Sabu mengaku di mahkamah majistret hari ini bahawa waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu bukan yang dipohonnya.

Pegawai penyiasat kes perhimpunan Bersih, ASP Idris Rejab berkata, beliau memohon mahkamah majistret mengeluarkan saman untuk satu kes jenayah kepada Mohamad Sabu namun yang dikeluarkan oleh majistret adalah waran tangkap.

Waran tangkap itu pula, katanya, tanpa tarikh dan nama majistret yang mengeluarkannya. - Hrkh
Blog sisi bukit pulak melaporkan:
Sebentar tadi Tuan Haji Mat Sabu memberitahu orang ramai yang mendengar ceramah beliau di Musolla BT 8,Jalan ChangkatJering- Trong beliau akan menyaman mereka yang memecah cermin kereta beliau sewaktu cuba ditahan dulu.

Dengan keadaan kes yang mereka tidak boleh menang Haji Mat Sabu yakin beliau tidak bersalah.Namun kes beliau akan diputuskan pada 28 Disember ini. - Sisi Bukit
Sebelum tu Sisi Bukit melaporkan:
Menurut OKT Binyamin Isahak, Hakim Mahkamah Majistret Jawi,tidak berani buat keputusan.Hakim muda ini buat kali pertama menghakimi kes politik seperti ini.

OKT Binyamin Isahak mendakwa Hakim Mahkamah Majistret, Jawi ini ingin merujuk kes mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Dakwa Bunyamin lagi "Hakim ingin merujuk Ghani Patail dan pihak yang lebih berpengalaman." - Sisi Bukit
Takkan la majestret pun penakut, tak patut sungguh Abg Bun kata hakim tak berani. Tak berani tu sama la dengan penakut. Apa pun jangan lupa temujanji 28 Disember ini, hari Selasa di mahkaman majestret Jawi.




Muka-muka lagi 10 orang tertuduh

Sumber gamber: Penjual Ubat

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...