Lagi 120 hari menjelang PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 06, 2011

Lagi 120 hari menjelang PRU13?

BuletinOnline melaporkan:
KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Negegri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkeyakinan pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan diadakan dalam tahun 2011 ini juga.

Justeru, beliau menyeru semua pihak dalam PAS Terengganu memberikan fokus kerja memastikan kemenanngan PAS dalam PRU ke-13 tersebut.

Walaupun tidak mengetahui secara tepat tarikh tersebut, beliau mensasarkan, PRU ke-13 akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan November tahun 2011.

Oleh itu, katanya, tempoh yang ada sehingga waktu tersebut adalah selama 120 hari,

"soal bila pilihanraya, itu bukan kita yang tentukan, ada yang mengatakan akhir tahun ini bulan Oktober, selepas hari raya, atau pun bulan November, ada yang mengatakan bulan Februari atau Mac depan,

"tapi pokoknya, kerja kita mesti fokus dan 'target' kita ialah pada tahun ini, kalau ditakdirkan pada (akahir) bulan Oktober, kita ada kurang lebih 120 hari,"jelasnya. - BuletinOnline.
120 hari bukan lama mana pun. Apa sangat yang boleh dibuat dalam tempoh 120 hari tu. Lain la kalau semua infra dah bersedia, maksud aku jentera di peringkat MTD dan Upu dah cukup bersedia, tempoh 120 hari tu memang cukup. Tapi kalau MTD pun tak bergerak lagi, Upu pun taktau hujung pangkal lagi, 120 hari tu memang tak cukup.

Masalahnya, bulan Ramadhan ni memang biasanya MTD dan Upu 'cuti sebulan'. Kalau ada MTD dan Upu yang boleh bergerak cergas bulan puasa memang hebat la. Nak buat macamana, macam ada member selalu kata, "PAS ni kan ka parti bulan, time malam baru bulan cerah"

Malam di bulan puasa ni pulak penuh dengan aktiviti. Mula dengan buka puasa dan solat Maghrib. Lepas tu pulak solat Isya' dan disambung dengan solat Tarawikh. Lepas tu nak bertadarrus pulak. Bila masa nak bermesyuarat, nak buat kerja-kerja pilihanraya.

Jadinya, nak tak nak, terpaksa jugak la tunggu lepas raya. Kalau mula lepas raya maksudnya cuma tinggal tak sampai 90 hari saja lagi.

Lepas raya ni pulak ada lagi 2 'peristiwa' yang boleh bagi hilang fokus. Yang pertama nak buat hari terbuka Aidil Fitri. Tu pun nak kena buat persiapan jugak, terutama sekali bab nak cari dana. Koman-koman pun takat RM10,000 nak kena ada jugak, kalau tak nanti ramai yang merungut tak dapat makan.

Lepas tu, nak kena buat persiapan untuk Raya Korban pulak. Walaupun nampak macam takdak apa, berapa orang sangat yang nak sembeleh korban, tapi takat 3,4 hari hilang jugak fokus kerja-kerja pilihanraya. Kalau kira betul-betul tak sampai pun 90 hari lagi untuk kerja-kerja pilihanraya.

Jadinya, nak tak nak, lepas raya ni kena terus bergerak. Malah kalau boleh, dalam bulan puasa ni pun kena bergerak jugak. Paling kurang pun, nak kena mula fikir, nak kena mula merancang kerja-kerja yang nak kena buat.

Lepas raya ni, mana-mana Upu yang belum jumpa bilik gerakan, nak kena cari sampai jumpa. Yang baru jumpa bilik gerakan nak kena cuci debu dan sawang. Yang dah bukak bilik gerakan nak kena tambah gear bagi lagi laju.

Di peringkat MTD dan JPrK pulak selain dari kerja-kerja bilik gerakan, calon pun dah kena mula diprojekkan calon. Kalau dah bubar parlimen baru nak mula perkenalkan calon mana nak sempat. Boleh la kalau takat nak tunjuk muka bagi orang kenai. Kalau mula awal, banyak sikit yang boleh kita tonjolkan. PR calon pun kita sempat polish.

Untuk yang nak recycle calon lama ataupun calonkan YB sediada, ni la masa kita nak mula bentangkan KPI calon kita. Nak kena mekap bagi cantik mana yang nampak huduh, nak penaik seri mana yang dah cantik.

Apa pun, untuk kerja pilihanraya, lama mana masa pun tak cukup sebenarnya. Jadinya tempoh tak berapa  hari yang ada ni patut diguna sebaik mungkin terutamanya untuk ujudkan persepsi positif nak tarik pengundi untuk undi calon kita.

Kalau PRU13 ni pun Umno BN tak tumbang jugak, aku taktau la bila nak boleh tumbang. Pasainya PRU13 ni la peluang paling terbuka untuk menumbangkan Umno BN. Ramai yang jangka PRU13 nianti akan jadi pilihanraya yang paling sengit dan tentunya umno BN akan buat apa saja untuk pertahankan kuasa depa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...