Dr. Zambry tiba-tiba kata Nizar yang reka isu pilihanraya olok-olok Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 05, 2011

Dr. Zambry tiba-tiba kata Nizar yang reka isu pilihanraya olok-olok Umno

KLPos melaporkan:
IPOH 3 Ogos - Barisan Nasional (BN) Perak boleh mengadakan pilihan raya olok-olok pada bila-bila masa kerana ia sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Tetapi sehingga kini kita tidak pernah mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok dan saya dapati laporan (Perak telah buat pilihan raya olok-olok) yang dibuat itu adalah tidak berasas kepada BN negeri," katanya mengulas laporan sebuah portal berita bahawa BN Perak telah mengadakan pilihan raya olok-olok yang berkesudahan dengan kekalahan BN.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, beliau berkata laporan yang dibuat oleh portal berita itu adalah sesuatu yang bersifat provokasi dan ternyata bekas Menteri Besar Perak itu ketandusan isu dan mencari publisiti murahan.

"Ia cuba menggambarkan seolah-olah hampir kesemua 24 Ketua Bahagian Umno di Perak enggan menggerakkan jentera sehinggalah nama calon diumumkan," katanya. - KLPos.
Sebelum ni aku laporkan berita dari MalaysianInsider yang kata cerita pasai Umno BN akan kalah PRU13 hasil pilihanraya olok-olok tu cuma andaian.

KLPos punya laporan lagi sedap, Dr. Zambry cerita pasai keputusan pilihanraya olok-olok tu Hj Nizar, bekas MB Perak yang reka-reka pasai takdak isu dan nak publisiti murah.

Yang aku mushkilnya, pasai apa pulak dikaitkan berita tu dengan Hj Nizar sedangkan dalam laporan Malaysian Insider tu langsung tak dikaitkan dengan Hj Nizar, langsung takdak.

Hebat sungguh bacaan politik Dr. Zambry ni, nak tutup kelemahan Umno BN Perak, dia tala pulak ke Hj Nizar. Tapi kalau betul laporan berita tu mainan Hj Nizar, nampaknya mainan politik Hj Nizar lagi hebat.

Lagi satu yang aku mushkilnya, kalau betul Umno Perak belum lagi buat pilihanraya olok-olok pasai apa tak dibuat lagi sedangkan pilihanraya olok-olok tu adalah arahan Umno pusat, siap bagi tempoh lagi, kena buat dalam bulan Julai lepas.

Adakah Dr. Zambry belum buat pilihanraya olok-olok tu pasai dia tau kalau buat pilihanraya olok-olok tu keputusannya Umno BN kalah dan reputasi dia akan terus jatuh. Ataupun, arahan suruh buat pilihanraya olok-olok mai dari satu kem tapi ada arahan dari kem lain yang kata tak payah buat.

Apa pun, aku yakin isu pilihanraya olok-olok langsung takdak kena mengena dengan Hj Nizar malah aku yakin isu pilihanraya olok-olok ni mainan politik orang Umno sendiri, orang dari kem yang nak singkirkan Zambry. Isu ni dimainkan nak menunjukkan yang bahagian-bahagian Umno di Perak tak sokong kepimpinan Dr. Zambry sebagai Pengerusi Perhubungan negeri merangkap Menteri Besar Perak.

Persoalannya, sapa yang MalaysianInsider kata sebagai "seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat" yang jadi sumbar berita pasai keputusan pilihanraya olok-olok tu. Aku yakin, Zambry tau sapa pemimpin Umno tu dan dia tak berapa nak boleh celen pemimpin Umno tu, pasai tu la Zambry tala ke Hj Nizar.

Apa pun, khabar angin pasai Umno BN cuma boleh menang 24 kerusi atau paling banyak pun 27 kerusi tu memang ujud, dan katanya khabar angin tu mai dari 'bilik gerakan' Umno sendiri.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...