Ada yang tak prejudis dengan berita pasai Askar Wataniah ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 25, 2011

Ada yang tak prejudis dengan berita pasai Askar Wataniah ni?

Bernama melaporkan:
PASIR MAS, 23 Julai (Bernama) -- Kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan mempunyai kompeni Askar Wataniah (AW) masing-masing sebelum akhir tahun ini, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
  
Beliau berkata sebanyak 189 kawasan AW itu telah ditubuhkan dengan kekuatan 60,000 anggota di seluruh negara sehingga kini.
 
"Sekarang terdapat kira-kira 60,000 anggota Askar Wataniah di seluruh negara dan kesemuanya diletak di bawah Rajimen 506 Askar Wataniah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Zulkifeli berkata kerajaan merancang setiap kawasan Parlimen mempunyai kompeni Askar Wataniah yang dianggotai oleh belia dan beliawanis pelbagai kaum dalam usaha menarik minat belia menyertai tentera.

Beliau berkata anggota yang cukup terlatih akan ditempatkan di kawasan sasaran penting sebelum mereka diserap sebagai anggota tetap di mana-mana rejimen.
- Bernama.
Aku taktau kalau ada yang langsung tak prejudis bila baca laporan Bernama ni.

Apa rasionalnya Askar Wataniah ditubuhkan berdasarkan kawasan Parlimen. Aku taktau sejarah Askar Wataniah, tapi yang aku mushkilnya pasai apa baru tahun ni Askar Wataniah akan punya kompeni untuk setiap kawasan parlimen.

Hujjah soal keselamatan memang nampak rasional tapi pasai apa pulak pihak askar sendiri takdak kompeni untuk setiap kawasan parlimen, sepatutnya kalau ikut hujjah keselamatan lebih patut ada kompeni askar di setiap kawasan parlimen berbanding kompeni askar wataniah.

Kalau soal untuk memudahkan pentadbiran, sepatutnya kompeni tu dibuat ikut daerah macam jentera kerajaan yang lain, pasai apa pulak nak kena buat ikut parlimen.

Aku mengandaikan Askar Watanih ni pun ada jugak sempadan kompeni berdasarkan sempadan pilihanraya. Pasainya kalau SPR buat persempadanan semula kawasan pilihanraya, askar wataniah pun nak kena buat jugak perubahan sempadan askar wataniah dan terpaksa ujudkan kompeni baru bila SPR ujudkan parlimen baru.

Kalau macam tu lebih sesuai rasanya pentadbiran Askar Wataniah tu diletakkan di bawah kuasa Parlimen dan kompeni di kawasan parlimen dibawah pentadbiran bersama Ahli Parlimen

Yang lebih prejudisnya, bila Ahli Parlimen Parit Buntar dan Machang timbulkan dalam Parlimen kesediaan wakil rakyat Parlimen untuk terlibat aktif dengan Askar Wataniah, Timbalan Menteri Pertahanan tak sambut pun kesediaan tu.

Jadinya aku sangat-sangat prejudis dengan Askar Wataniah ni, aku yakin penubuhan kompeni di setiap kawasan Parlimen ni tentu punya ada ada agenda politik tersembunyi. Dan aku tak heran langsung kalau masa PRU13 nanti, askar wataniah akan dijadikan pengundi pos.

Macam-macam cara yang boleh Umno BN buat untuk menghalalkan tindakan tu dan ada banyak cara untuk manipulasi askar wataniah sebagai pengundi pos untuk menguntungkan Umno BN.






Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...