Pensyarah kangkong ulas pasai cadangan anggota SPR dari kalangan NGO | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 21, 2011

Pensyarah kangkong ulas pasai cadangan anggota SPR dari kalangan NGO

mStar melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Cadangan Majlis Peguam agar badan bukan kerajaan (NGO) turut dibenarkan menganggotai senarai jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini dilihat hanya akan menjatuhkan imej SPR.

Menurut beberapa penganalisis, sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan sistem pilihan raya, SPR harus bebas dari sebarang kecenderungan politik.

Agak sukar untuk melihat sama ada NGO benar-benar bebas atau mempunyai agenda tersendiri.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata sistem yang diguna pakai SPR boleh ditambah baik, tetapi dengan kemasukan wakil-wakil NGO yang mempunyai kepentingan tersembunyi, ia hanya akan mengkucar-kacir sistem pentadbiran SPR. - mStar.
Aku taktau la apa perasaan pelajar kepada pensyarah ni. Kesian depa dapat pensyarah yang ada pemikiran yang BANGANG tahap ni.
 
Kalau nak sokong Umno BN pun, bagi la hujjah yang akademik sikit. Kalau setakat hujjah macam tu, lebih elok jangan mengaku sebagai pensyarah, buat malu Universiti saja. Baik mengaku JKKKP saja, walaupun aku rasa ada JKKKP punya tahap hujjah yang jauh lebih BANGANG dari tu.

Memang aku tak nafikan kalau wakil NGO jadi anggota SPR kemungkinan akan timbul kucar kacir tu memang tinggi. Cumanya kemungkinan jadi kucar kacir tu pasai ada benda yang tak betul dalam SPR sendiri.

Kalau semua benda berjurus, semua benda dibuat mengikut peraturan, takdak penyelewengan dan betul-betul adil, nak jadi kucar kacir kot mananya.

Takkan la wakil NGO yang dilantik sebagai anggota SPR tu nak saja-saja tanpa sebab munasabah sanggup nak kucar kacirkan SPR.

Kalau Suruhanyaja Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) boleh dijadikan contoh, aku tak nampak SUHAKAM jadi kucar kacir, malah kerajaan yang dilihat kucar kacir dengan tindakan dan kenyataan dari pesuruhjaya SUHAKAM yang MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.

Tak kurang BANGANG hujjah Penolong Profesor yang mStar turut laporkan:
Dalam nada yang sama, Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata walaupun cadangan tersebut dilihat baik, namun turut dibimbangi sekiranya wakil-wakil NGO tidak dapat lari dari kecenderungan berpolitik.

"Ironinya NGO ada pengaruh politik, kita tidak boleh elak, sebab semua orang ada agenda politik tersendiri, dan wakil-wakil ini ada hak mengundi dan tak boleh duduk di atas pagar," katanya.

Beliau juga berkata jika wakil-wakil NGO mahu dimasukkan ke dalam SPR, maka pindaan juga terpaksa dilakukan terhadap Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan (Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya). - Ibid.
Takkan Penolong Prefesor tu tak terfikir, ironi yang sama patut dikenakan kepada anggota SPR yang ada sekarang ni. Malah memang sangat-sangat jelas dari aksi 'si anjing Umno' yang selalu sangat Pengerusi SPR buat, nampak jelas Pengerusi SPR tu tak pernah "duduk atas pagar".

Kalau hujjah macam ni dibawa dalam berdebat, senyum sampai ke telinga la pihak yang satu lagi, tak sabar-sabar nak belasah balik hujjah BANGANG 'bola tanggung' macam tu.

Lagi satu pasai pindaan perlembagaan tu, apa masalahnya? Memang la SPR takdak kuasa nak pinda perlembagaan dan kuasa tu ada pada Parlimen. Tapi cuba bayangkan kalau Pengerusi SPR sendiri yang bagi cadangan kepada kerajaan dan kerajaan pun dalam usaha nak realisasikan SPR yang MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM, bersetuju dengan cadangan tu dan usulkan dalam Parlimen, aku yakin 100% usul tu akan diterima sebulat suara.

Aku sebenarnya pun tak berapa setuju dengan cadangan Majlis Peguam lantik wakil NGO jadi anggota SPR. Aku lebih suka kalau dilantik orang yang berpengaruh dalam masyarakat yang bukan ahli atau bekas ahli mana-mana parti atau bekas kakitangan kerajaan.

Untuk apa wakil NGO, yang pentingnya anggota SPR tu mewakili rakyat dan menjaga kepentingan rakyat, bukannya menjaga kepentingan mana-mana perti politik.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...