LANGKAWI 20 Julai – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.Aku tak reti bab-bab bahan kimia ni. Cumanya dari pengalaman aku sendiri dan aku yakin semua orang yang berkesempatan sedut asap tu lebih setuju kalau kita panggil gas tu sebagai Gas Penyesak Nafas dari gas pemedih mata.
”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama.
Memang gas tu bagi pedih mata tapi bila dah sampai tahap nak bernafas pun rasa tak lepas, semakin tarik nafas rasa nafas semakin tersekat sampai terbatuk-batuk, dah tak teringat dah pedih mata. Lupa pasai mata sampai ada member tegur mata merah sangat baru teringat balik ke mata.
Ada member kata dia rasa macam dah nak mati dah, nak menyawa pun dah tak lepas. Bahkan Presiden PAS sendiri ada kata yang dia sampai mengucap, ingatkan dia dah nak mati.
Sebelum ni Keadilandaily ada melaporkan:
SHAH ALAM: Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Sorang member facebook yang kerja di Jabatan Kimia SIRIM tulis komen:
Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.
Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu. - KD.
"The effects of CS on humans are relatively unknown because publications in this respect are mostly on military medical research, partly classified as SECRET and brought to the knowledge of a SMALL NUMBER OF EXPERTS ONLY." (Assessment of health effects of CS gas by Schindel HJ,via US National Library of Medicine) - FacebookMember sorang lagi pulak bagi PDF macam yang kat bawah ni.
Sumber: http://bae.chemtel.net/msds/Defense%20Technology%201082%20-%20Riot%20Control%20Grenade%20CS%20MSDS.pdf
Aku takat boleh baca saja la, hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis