KUALA LUMPUR, 20 Julai – Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin pembahagian kerusi pilihan raya - kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP akan dimuktamadkan hujung bulan ini sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.Baguslah kalau masalah penbahagian kerusi ni boleh diselesaikan dengan baik.
The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka.
“Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri,” kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Cumanya aku harapkan benda diselesaikan secepat mungkin. Kalau boleh keputusan tu jangan la simpan di peringkat pusat dan negeri saja. Kena la dibagitau ke peringkat jentera Parlimen dan DUN supaya semangat nak buat kerja-kerja pilihanraya meningkat.
Kalau bagitau awal, senang jentera di peringkat bawah kalau depa nak 'berperang'. Kalau depa berperang awal, senang sikit kita nak cari jalan penyelesaian dan tolak ansur dan boleh diselesaikan lebih awal.
Apa pun, aku harap sangat kalau ada perebutan kerusi, suara dari peringkat akar umbi kena diambil perhatian. Sekurang-kurangnya jentera di peringkat bawah ni kena dibagi peluang untuk bentangkan kes depa, bentangkan hujjah depa.
Aku mintak sangat jangan la pihak-pihak yang kat atas tu, peringkat pusat atau negeri tolong buat keputusan tanpa pengetahuan dah persetujuan jentera di peringkat Parlimen dan DUN.
Lagi satu aku nak ingatkan, tolong la jangan ambil pengesahan dari YDP atau Pengarah Dun saja, kena ambil persetujuan dari mesyuarat AJK Kawasan dan mesyuarat MTD. Pasainya tak semestinya keputusan YDP dan Pengarah MTD tu betul-betul mewakili majoriti jentera Parlimen dan Dun berkenaan.
Lagi satu, yang tak kurang pentingnya, kita kena ingat yang PRU13 tak sama macam PRU12 yang lepas. Masa PRU12 dulu ramai yang tak sanggup nak bertanding pasai terutama sekali untuk kerusi yang selama ni tak pernah menang malah kalah dengan majoriti yang sangat besar, pendek kata tak nampak langsung peluang nak menang. Jenuh kena paksa dan terpaksa guna calon tangkap muat.
Untuk PRU13 nanti, akan yakin akan jadi sebaliknya pasainya ramai puak-puak 'komersial' yang nampak banyak peluang nak dapat ghanimah, memang atau kalah tu nombor dua, pasainya kalau kalah pun, sebagai bekas calon, depa tetap ada peluang untuk dapatkan ghanimah kalau Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan Umno BN. Paling takdak pun ada peluang jadi pengarah mana-mana Syarikat GLC.
Aku yakin ada yang dah siap pasang angan-angan nak bertanding. Malah aku yakin dah ada yang dah mula buat gerakan untuk pastikan nama dia sangkut untuk jadi calon.
Jadinya, kalau pembahagian kerusi selesai awal, pemilihan calon pun boleh diselesaikan lebih awal. Bakal-bakal calon ni boleh diuji lebih awal dan lebih lama. Biasanya puak-puak 'komersial' ni tak berapa tahan dengan ujian dan harap-harapnya ujian tu boleh bertukar jadi latihan kepada depa kalau ditakdirkan depa menang nanti.
Yang menariknya, laporan tu juga menyebut:
Difahamkan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen “lompat” yang dimenangi PKR sejak pilihan raya umum 2008. - Ibid.Kalau betul khabar angin tu, aku harap sangat kemahuan PAS tu ditunaikan. Sebenarnya itu bukan sekadar kemahuan PAS tapi aku yakin itu juga kemahuan majoriti pengundi di kawasan berkenaan. Elok jugak kalau jentera Pakatan Rakyat kat situ boleh buat kaji selidik berkenaan isu tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis