Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kemungkinan kuasa besar dunia akan campur tangan dalam urusan negara ini jika berlaku pergolakan akibat daripada perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.Setelah semua usaha Umno BN dan semua pihak yang bermazhab Umno BN nampaknya gagal nak mengekang semangat rakyat yang nak berhimpun pada 9 Julai nanti, Timbalan Presiden Umno kali ni guna kaedah nak menakut-nakutkan rakyat dengan kemungkinan campurtangan kuasa besar dunia pulak.
"Apabila bergolak, kuasa besar boleh masuk...kita tidak mahu Malaysia yang dibangunkan sejak 50 tahun berdepan dengan masalah seperti itu," katanya semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Rakyat di Padang Taman Kaya di Taiping.
Beliau berkata apabila berlaku pergolakan, akan berlaku ketidakstabilan yang menjejaskan ekonomi dan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama yang telah dibina selama ini.
- Mkini.
Persoalannya, adakah Umno BN akan biarkan campurtangan tu berlaku? Aku yakin jawapanya adalah YA, pemimpin Umno BN takdak masalah untuk membenarkan campurtangan asing kalau campurtangan tu akan pastikan yang depa akan kekal berkuasa mentadbir negara dan kuasa tu tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Persoalan yang lagi utama, adakah pemimpin Umno BN akan biarkan berlaku pergolakan sampai tahap kuasa besar dunia ada alasan untuk campurtangan? Aku yakin jawapannya jugak YA, pemimpin Umno takdak masalah kalaupun berlaku pergolakan dalam negara, janji kuasa tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Pasainya, kalau kuasa jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, hayat politik depa akan berakhir. Ibarat macam kereta, tanpa minyak memang tak boleh bergerak. Sama juga dengan Umno tanpa sokongan jentera kerajaan dan para cukong yng berpaut kepada projek dari kerajaan, Umno memang tak mampu untuk terus hidup.
Bukan takat tu saja, segala kesalahan dan penyelewengan yang pemimpin Umno buat selama ni akan terbongkar dan kemungkinannya depa akan didakwa atas kesalahan dan penyelewengan yang depa buat tu.
Persoalan yang lebih utama lagi, untuk apa pemmpin Umno bersungguh-sungguh nak halang himpunan BERSIH 2.0 sedangkan penganjur dah bagi jaminan yang perhimpunan tu adalah himpunan aman.
Lagi pun, himpunan tu bukannya nak menentang kerajaan jauh sekali nak menentang Umno. Himpunan tu cuma menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih, dengan 8 tuntutan yang sepatutnya tak merugikan kerajaan apatah lagi Umno, kalau kerajaan dan Umno memang selama ni bersih dan berlaku adil.
Sangat tak logik untuk mana-mana pihak tak bersetuju dengan pilihanraya yang bersih dan adil kecuali yang tak setuju tu sangat mengharapkan pilihanraya yang berat sebelah dan tidak adil untuk pastikan depa akan terus berkuasa melalui tindakan kotor dan tak adil.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis