Rumah beralamat No 1138, Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh mungkin tak sehebat Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Sekadar rumah kampung biasa bagi golongan sederhana di sebuah Kampung di Pinggir Bandar.Anak Sungai Derhaka pulak mendedahkan sebenarnya ada 88 orang pengundi berdaftar di alamat rumah tu siap dengan senarai nama depa lengkap dengan no kad pengenalan dan no rumah..
Apekejadahnya sebijik rumah kampung berkualiti kayu ada lebih dari 60 pengundi berdaftar..? Untuk pengetahuan korang, semakan dekat atas gua bikin antara jam 1:00 pagi sampai jam 2:00 pagi tadi. PerisikRakyat.
Bila baca pendedahan tu, perkara pertama yang masuk dalam otak aku adalah "Ni tentu kerja celaka Umno Permatang Pauh nak pastikan Anwar Ibrahim tetap menang besar, malu la kalau Timbalan Presiden Umno tak menang besar."
Pasainya aku mengandaikan kerja-kerja kotor tu tentu dibuat sebelum bekas Timbalan Presiden Umno tu dipecat dari Umno, dan tentunya sebelum tahun 2002 bila SPR mula mensyaratkan semua pendaftaran pengundi baru dan pendaftaran tukar alamat mesti mengikut alamat dalam kad pengenalan.
Sebelum masa tu sangat mudah untuk tukar tempat mengundi. Masa tu kita boleh mintak untuk mengundi di mana saja dengan syarat kita duduk di kawasan tu lebih dari 24jam. Itu apa yang aku difahamkan masa aku mula-mula terlibat dengan daftar pemilih ni lebih 10 tahun dulu.
Tapi bila aku teliti senarai nama pengundi seramai 88 orang yang Anak Sungai Derhaka senaraikan tu, jadi mushkil balik aku.
Pasainya dalam senarai tu ada jugak pengundi muda yang berumur di bawah 30 tahun iaitu lahir selepas tahun 1981. Yang lahir tahun 1981 ni cuma layak mendaftar tahun 2002, tahun sistem pendaftaran baru diperkenalkan SPR.
Dari senarai tu, 7 orang yang lahir selepas tahun 1981 dengan yang paling muda lahir tahun 1988. Yang tahun 1988 tu mendaftar paling awal pun pada tahun 2009.
Yang aku mushkilnya, kalau tengok dari corak nama 7 orang tu, tak nampak langsung macam depa tu adik-beradik, termasuk ada satu nama orang berbangsa india.
687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138Cumanya aku tak pasti pasai apa depa tak dedahkan siapa sebenarnya tuan rumah kepada rumah yang cukup istimewa tu dan menarik jugak kalau kita boleh tau sejarah penghuni rumah tu yang mungkin boleh bagi pencerahan berkenaan kes unik ni.
700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138
704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138
748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138
754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138
758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138
773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138
Apa pun, untuk pengetahun, pihak SPR sebenarnya ada maklumat lengkap dalam database depa berkenaan setiap pengundi. Maksud aku, SPR sebenarnya ada maklumat untuk setiap pengundi tu bila dia didaftarkan, siapa yang mendaftarkan, siapa yang menyemak permohonan pendaftaran tu dan siapa yang mengesahkan pendaftaran tu.
Kalau SPR nak, depa memang dengan mudah dapat tau pihak mana yang buat kerja mengarut tu.
Dengan bantuan sistem ALIS yang SPR ada yang ada link terus dengan database Jabatan Pendaftaran Negara, SPR boleh dengan mudah pulak "membetulkan maklumat pengundi" tersebut atau apa saja alasan untuk tutup kesalahan dan penyelewengan tu.
Yang buat lagi menarik, sejak semalam, sistem semakan daftar pemilih online yang SPR ujudkan di http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/ dah tak boleh diakses, ada system error apa tah. Aku syak sistem tu saja dibuat macam seolah-olah ada masalah sistem, pada hal pihak SPR takmau orang guna sistem tu untuk "semak isi rumah pengundi" macam yang PerisikRakyat dan beberapa blogger buat semalam dan akan mendedahkan banyak lagi kerja keji berkenaan daftar pemilih..
Apa pun, yang paling menarik sekali dari isu terbaru ni, kita tunggu apa pulak alasan BANGANG yang SPR 'si anjing Umno" akan bagi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis