SHAH ALAM: Pakatan Rakyat akur hanya saluran pilihan raya boleh menyuburkan amalan demokrasi seterusnya memilih parti politik yang layak untuk membentuk sebuah kerajaan di negara ini.Sekarang ni dah macam ada satu wirid yang selalu sangat diulang-ulang. Dari Presiden Umno sampai la ke ahli Umno di peringkat cawangan termasuk para pencacai pandi kutty dalam internet dok ulang-ulang wirid tu.
Namun, gagasan itu tetap memilih untuk menyertai himpunan aman BERSIH 2.0, untuk mendesak agar pilihan raya yang diadakan kelak dilakukan secara bersih dan adil kepada semua parti politik yang bertanding.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, jika pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih dan adil, Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mentadbir lima buah negeri, bahkan memerintah negara.
Justeru, beliau menolak kenyataan pemimpin UMNO BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa pilihan raya di negara ini bersih yang membolehkan Pakatan Rakyat menguasi Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
"Sebenarnya kalau pilihan raya adil dan saksama, kita telah memerintah Malaysia, Pilihanraya lepas juga menyaksikan BN selamat 25 kerusinya daripada undi pos, 40 kerusi Parlimen daripada FELDA, sekirannya tanpa kongkongan di tempat ini kita telahpun merampas Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu majlis pidato baru-baru ini di Stadium Malawati Shah Alam.
Mohamad yang juga dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata kepincangan pilihanraya ini adalah faktor utama Pakatan Rakyat komited untuk terus bersama menyertai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 julai depan. - MohamadSabu.com
Depa dok ulang wirid "kalau pilihanraya tak bebas mana mungkin parti lain menang pilihanraya termasuk pilihanraya kecil dan Kelantan kekal di tangan PAS lebih 20 tahun malah PRU12 BN tewas di 5 negeri."
Kalau orang yang tak betul-betul terlibat dengan kerja-kerja pilihanraya tentu takdak masalah untuk terima wirid ni. Kalau SPR betul-betul dikuasai Umno BN sepatutnya BN menang 99% macam keputusan pilihanraya di Mesir dan beberapa negara lain.
Memang aku tak nafikan, SPR tak betul-betul dikuasai sepenuhnya oleh Umno BN. Pasainya dikalangan kakitangan SPR sendiri ada ramai yang memang betul-betul buat kerja ikut undang-undang dan peraturan.
Umno BN sebenarnya tak perlu kuasai 100% SPR, pasainya Umno tak perlu tipu banyak untuk kekal bermuasa, cukup sekadar 5%. Malah dengan kelebihan 5% tu, Umno BN boleh kuasa 2/3 dalam Parlimen. Dengan bantuan aksi lick lagi celaka "si anjing Umno'" yang ada dalam SPR terutama sekali dikalangan pegawai tinggi, memang Umno senang-senang boleh dapat kelebihan 5% tu.
Kalau SPR terima 8 tuntutan BERSIH 2.0 tu, faktor 5% tipu Umno BN dah tak boleh dapat. Dan tanpa 5% tu tentu punya Umno BN akan tewas dalam pilihanraya. Pasai tu la Umno BN begitu bersungguh-sungguh untuk menggagalkan himpunan BERSIH 2.0.
Pasai apa Kelantan kekal di tangan PAS lebih 20 tahun?
Kelantan ni istimewa sikit dari segi politik. Yang pertama pasai aura yang ada pada TG Nik Aziz. Aura sebagai Tok Guru ni cukup kuat mempengaruhi orang Kelantan yang secara relatifnya lebih kuat pegangan Islam berbanding negeri-negeri lain. Ditambah pulak dengan kesedaran berpolitik rakyat kelantan yang cukup tinggi berbanding negeri-negeri lain.
Bukan Umno BN tak buat kerja untuk jatuhkan Kelantan. Contohnya lepas PRU 2004, PAS Kelantan cuma bertahan dengan majoriti 1 kerusi saja. Tu pun nasib baik PAS Kelantan buat bantahan secara besar-besaran rang daftar pemilih sebelum 2004. Kalau tak buat bantahan PAS hampir pasti kalah di 3 kerusi Dun dan Kelantan pasti tumbang masa PRU2004, macam tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu yang antara sebab utama adalah pertambahan pengundi yang luar biasa.
Macamana pulak BN boleh hilang 5 negeri lepas PRU12?
Kes PRU12 ni memeningkan bukan saja orang politik tapi jugak ahli akademik. Pasai tu la PRU12 dinamakan sebagai Tsunami politik. Sapa pun tak duga kaum cina akan beramai-ramai menolak calon BN dan kaum india pulak bangkit dengan Hindraf.
Pengundi cina dikatakan hampir 70% tak mengundi calon BN dan pengundi india pulak ada yang kata hampir 80% tak mengundi calon BN. Pasai tu banyak kawasan-kawasan bercampur yang sebelum ni BN menang dengan majoriti besar tiba-tiba boleh kalah.
Macam Mat Sabu kata, BN diselamatkan dengan adanya 20 parlimen yang banyak pengundi POS dan jugak 40 parlimen yang ada kawasan Felda yang dikawal ketat oleh kakitangan Felda.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis