Kerajaan kutip lebih RM1juta sehari hasil cukai SMS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 18, 2011

Kerajaan kutip lebih RM1juta sehari hasil cukai SMS?

Pada bulan lepas DPP melalui Shuhaizan Kayat ada buat salu kenyataan media macam kat bawah ni.
CUKAI 6% TELEFON PRABAYAR : MOHON PENJELASAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI. 
 
Terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis. Pada tahun 2006 terdapat 17.8 juta mendaftar sebagai pengguna talian prabayar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM17 juta sehari untuk penggunaan SMS(Sistem Pesanan Ringkas). Pada tahun 2004 terdapat 9.5 bilion SMS telah dihantar oleh rakyat Malaysia. Secara puratanya pengguna telefon menghantar 4 SMS setiap hari.

Bermula Januari 2011 pihak kerajaan telah menaikkan cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%. Cukai perkhidmatan pengguna telefon prabayar juga tidak terkecuali. Selama ini cukai 5% telah diserap oleh syarikat telekomunikasi. Memandangkan beban yang terlalu besar ditanggung oleh pihak syarikat telekomunikasi maka terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa syarikat terbabit tidak lagi menyerap cukai tersebut mulai Julai 2011. Ini bermaksud bahawa cukai ini akan ditanggung oleh pengguna sepenuhnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi mengenai kebenaran dakwaan tersebut. Penjelasan ini adalah penting untuk maklumat pengguna kerana merekalah yang menerima kesan terhadap polisi ini.

Jika benar dakwaan tersebut maka anak-anak muda Malaysia merasa terbeban. Jika mereka membeli kad prabayar sebanyak RM10 maka mereka hanya memperolehi RM9.40. Baki RM0.60 diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar anak muda Malaysia adalah pelajar sekolah, pelajar universiti dan tiada pekerjaan yang tetap. Mereka adalah pengguna aktif telefon prabayar. Berikutan kenaikan harga barang keperluan harian maka anak-anak muda Malaysia cukup terbeban dengan bayaran cukai ini.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
Sumber: Detikdaily
Kalau sehari pengguna SMS belanjakan RM17juta maknanya dengan cukai 6% kerajaan boleh kutip RM1,020,000.30 sehari, RM1.02juta tu.

Betapa senangnya kerajaan nak dapat duit dari rakyat. Pasai tu la kut depa belanja ikut suka depa ja. Depa boleh perabih suka-suka.

Nak heran apa kalau ada kroni yang charge buat facebook yang free tu pun sampai RM1.8juta.

Pasai tu la aku tak heran kalau betul pun Rosmah mampu beli cincin dan gelang berjuta-juta macam yang laporan kepada SPRM yang Cikgu Bard buat. Belambak peluang nak boleh duit kopi tambah-tambah pulak sumbangan untuk projek PERMATA, sapa yang berani takmau bagi.

Kalau 80bilion SMS setahun macam gambar keratan berita kat sebelah ni, maknanya dengan cukai 6% boleh dapat 4.8billion. Kira la berapa kalau 1 sms 5sen pun, dah boleh dapat RM240juta setahun. Tu baru cukai untuk SMS, tak masuk lagi untuk yang buat panggilan atau yang buat MMS yang lebih mahal.

Sapa kata Malaysia takdak duit. Mungkin betulo la kalau ada yang kata takdak duit, takdak pasai puak-puak tu perabih ikut suka depa tapi sumber duit memang banyak. Pasai tu la kita perlu kepada himpunan BERSIH 3.0.

Kita perlu bersihkan SPR supaya bila pilihanraya dapat berjalan dengan bersih dan telus, peluang untuk Umno BN tumbang akan jadi lebih besar. Bila Umno BN dah tumbang insyaallah, hasil Malaysia yang cukup banyak tu akan boleh dinikmati oleh seluruh masyarakat terutama sekali rakyat marhaen, bukan lagi diparaid di kalangan kroni Umno BN saja.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...