Lanjutan isu tutup premis hiburan di Kedah sebulan Ramadhan - flip flop? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 18, 2011

Lanjutan isu tutup premis hiburan di Kedah sebulan Ramadhan - flip flop?

Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kedah dilaporkan sudah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan, demikian laporan agensi berita AFP memetik seorang pegawai negeri, hari ini.
 
Kerajaan Kedah membuat keputusan larangan itu Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.
Pegawai negeri itu berkata, kontroversi berkenaan selesai selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu wakil pusat hiburan, semalam dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP.

Sementara itu, portal berita Malaysian Insider melaporkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Presiden PAS itu berkata, kekeliruan berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Hadi berkata, undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat. - Bharian
Aku rasa sangat tak sesuai salahkan media arus perdana dalam hal ni. Dah memang kerja depa macam tu dan kita pun tau macam tu kerja depa nak bangkitkan rasa kurang senang pada kita.

Tambah-tambah pulak bila ada kenyataan macam yang aku salin tampal sebelum ni dari orang yang yang memang berautoriti.

Memang aku dari awal tak berapa nak yakin dengan kenyataan:
Ustaz Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas. Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai! - Ibid.
Apa pun, lepas ni jangan melatah tak ketahuan punca la kalau ada yang kata "flip flop" atau "tak tetap pendirian" atau lebih pedih lagi "tunduk kepada Lim Kit Siang" sedangkan kita mungkin lebih selesa diistilahkan sebagai "untuk memperbaiki persepsi."

Lagi satu yang aku lebih mushkil, sapa yang nak kuatkuasakan peraturan "terhad kepada orang bukan Islam." Tak pulak diperincikan kaedahnya dan tak pulak diperincikan hukumannya kalau dilanggar.

Nanti ada yang pandai-pandai buat kaedah sendiri macam isu MPSP hari tu, nak kena melompat sekali lagi pulak. Penat la kalau memanjang macam ni.

Sumber: Blog Setpol
Berkaitan
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...