SPR masih ulang jawapan BANGANG pasai pengundi hantu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 18, 2011

SPR masih ulang jawapan BANGANG pasai pengundi hantu


 Malaysiakini melaporkan:  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata setakat ini pembangkang tidak membawa bukti atau petisyen mengenai pengundi hantu.

"Mereka hanya bercakap sahaja," tulis beliau dalam Mingguan Malaysia hari ini.

"Sepatutnya mereka membawa mereka yang dikatakan pengundi hantu untuk diambil tindakan.
 
"Mereka hanya membawa senarai tetapi bila diperiksa, nama-nama tersebut adalah pengundi yang sah," tulisnya di halaman 6 akhbar mingguan tersebut.

Menurut Abdul Aziz, apa yang dikatakan pengundi hantu adalah pengundi yang tidak tinggal di tempat mereka mengundi.

"Apabila hari mengundi, mereka balik mengundi. Mereka ini tidak memaklumkan kepada JPN atau SPR. Tetapi mereka ini adalah pengundi yang sah. - Mkini.
Daripada jawapan panjang macam yang dilaporkan Malaysiakini tu, nampak ada jugak riak-riak gusar pengerusi SPR tu dengan penangan himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas.

Tapinya, Pengerusi SPR 'si anjing Umno' ni masih jugak dok ulang jawapan BANGANG dia tu. Masih jugak tak faham-faham makna pengundi hantu yang Pakatan Rakyat maksudkan.

Untuk makluman pengerusi SPR, jenis pengundi macam tu jentera pilihanraya PAS sendiri pun memang ada kod cula khas yang di gelar sebagai pengundi luar.

Jenis ni memang ni biasanya memang berasal dari tempat tu atau pun pernah menetap di tempat tu dan depa-depa tu memang bukan pengundi hantu dan takdak sapa pun yang kata jenis ni pengundi hantu.

Yang dipertikaikan adalah pengundi yang ada nama di situ tapi bukan berasal dari situ atau pernah menetap kat situ. Malah ada kes yang satu rumah sampai 88 orang pengundi. Puak-puak ni dipercayai dibayar oleh jentera Umno BN untuk berdaftar di tempat tu untuk memenangkan calon Umno BN yang bertanding di kawasan tu.

Kes macam ni memang banyak sangat dalam daftar pemilih, bukan setakat Umno buat tapi aku yakin semua parti ada buat. Dari segi moral memang salah tapi benda macam ni boleh dibuat pasai dalam peraturan dan kaedah pendaftaran memang ada 'loophole' yang membolehkan strategi ni dibuat.

Sebelum pendaftaran tempat mengundi ikut alamat dalam kad pengenalan dilaksanakan, strategi ni cukup mudah nak dibuat. Sapa-sapa saja boleh pilih nak mengundi di mana saja, dia cuma perlu mendaftarkan nama dikawasan yang dia nak mengundi dengan gunakan alamat di dalam kawasan tu. Syaratnya masa tu kalau tak silap aku, dia cuma perlu bermalam di tempat tu saja. Macam yang MSK tulis, memang ada jentera khas Umno BN yang buat kerja ni, dia sendiri pernah buat kerja tu.

Bila peraturan baru tempat mengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan dilaksanakan, strategi tu masih boleh dilaksanakan, cumanya agak rumit sikit. Mula-mula nak kena ubah dulu alamat dalam kat pengenalan duna alamat dalam kawasan pilihanraya tu. Bukan susah mana nak Nak ubah alamat dalam kad pengenalan tu. Lepas tu daftarkan nama gunakan alamat baru tu, selesai.

Dari segi moralnya, kaedah ni memang salah terutama sekali dengan konsep pilihanraya Dun dan Parlimen cara Malaysia. Kaedah licik ni cuma akan selesai kalau SPR gunakan kaedah pendaftaran automatik macam yang dicadangkan dalam tuntutan BERSIH tu. Daftar pemilih menggunakan data yang ada pada Jabatan pendaftaran negara (JPN) dan JPN pulak menguatkuasakan peraturan mengemaskini alamat kalau berpindah.

Bab ni pada aku tak berapa masalah sangat. Pasainya walaupun mengundi kat mana pun depa-depa tu tetap pengundi yang sah dan yang pentingnya depa cuma mengundi sekali saja.

Yang masalahnya adalah pengundi yang benar-benar 'hantu' dengan maksud penama tu sebenarnya tak ujud dalam data JPN ataupun pengundi 'clone'.

Kita taktau setakat mana seriusnya penipuan cara ni. Yang jelasnya memang ada macam contoh yang banyak dikemukakan yang ada dua mana menggunakan no kad pengenalan lama yang sama tapi nobor kad pengenalan baru yang berbeza termasuk yang aku kemukakan kat sini.

Bil No. KP (L) No. KP (B) Nama Pemilih Lokaliti
1.1358075 490925086219 KAMARUN ZAMAN BIN AHMAD SHAH 056/05/14/004
2.1358075 490825086289 KAMARUN ZAMAN BIN AHMAD SHAH 069/39/01/006

Kalau ada yang ada member kerja dengan JPN, mintak tolong depa semak no Kad pengenalan yang pertama, memang takdak dalam data JPN, confirm "clone". Kalau semak no yang kedua tu memang ada dan memang nama tu.

Pengerusi SPR tu nak bukti macam mana lagi?

Aku yakin contoh ni adalah "tips of the iceberg" dan bukan kes terpencil malah memang hasil kerja CEKALA Umno BN dengan kerjasama "si anjing Umno" yang ada dalam SPR dan tak mustahil jugak dengan kerjasama "si anjing Umno" yang ada dalam JPN.

Pasai tu, aku sebenarnya tak berapa setuju dengan tuntutan BERSIH yang nak Daftar Pemilih dibersihkan, memang Daftar pemilih tu perlu dibersihkan tapi bukan oleh SPR yang ada sekarang ni pasai SPR tu sendiri perlu dibersihkan dulu supaya benar-benar MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang digariskan dalam Perlembagaan.

Nak boleh dapat macam tu memang payah la dengan keadaan sekarang ni. Umno BN takkan benarkan punya. Pasai tu la BERSIH tuntut digunakan kaedah celup jadi dengan dakwat kekal. Kalau dilaksanakan tak kira la ada berapa nama "clone" pun, cuma boleh mengundi sekali saja.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...