PAS memberi jaminan, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling aman dalam secara Malaysia.Realitinya, jangan harap la boleh jadi perhimpunan aman, pasainya pihak polis sendiri tak bersedia nak jadikan perhimpunan ni sebagai perhimpuan aman.
Bagaimanapun,menurut timbalan presiden PAS, perkara itu hanya boleh berlaku jika polis memberikan kerjasama dengan membantu mengawal keadaan dan perjalanan lalu lintas, seperti amalan di pelbagai negara lain.
"Perhimpunan ini akan menjadi pilihan raya paling aman. Tidak akan ada satu pasu bunga pun akan terbalik, tidak akan ada seketul bata pun akan terbalik.
"Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," katanya yang disambut ketawa besar orang ramai.
Berceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Mohamad juga mengingatkan penyokong PAS yang akan hadir nanti supaya tidak membawa senjata atau apa sahaja barang yang boleh ditafsirkan sebagai senjata.
"Setuju? Kita hendak lihat demonstrasi paling aman," tegasnya lagi sambil disambut jeritan "setuju" oleh 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir. - Mkini.
Bukan setakat tak mau jadikan perhimpunan tu perhimpunan aman, tapi nak berhimpun pun sebolehnya depa takmau bagi.
Bukan setakat tak bagi berhimpum, yang berkempen untuk perhimpunan ni pun tak boleh, depa tangkap. Sampai tahap pakai baju BERSIH 2.0 pun depa tangkap.
Yang menariknya, bukan buat orang ramai semakin takut, tapi tak sabar-sabar nak tunggu 9 Julai.
Yang aku peliknya, pasai apa orang Umno nak marah sangat dengan himpunan ni. Dah berbuih mulut pemimpin Pakatan Rakyat bagitau yang himpunan ni adalah himpunan aman. Bukan setakat bagitau macam tu ja, bahkan berjanji untuk pastikan himpunan ni sebagai himpunan yang paling aman.
Bukan setakat janji kosong, sejarah dah membuktikan yang himpunan BERSIH tahun 2007 dulu adalah himpunan yang aman. Yang jadi tak berapa nak aman pun cuma di kawasan masjid Jamek, tu pun pasai FRU kepong peserta himpunan tu lepas tu tembak gas pemedih mata sampai masuk ke dalam kawasan masjid.Lepas tu kena sembur pulak dengan air kimia.
Memang la jadi kacau bilau, kucar kacir. Main dengan nak bernafas pun tak berapa nak lepas dan badan pulak gatas lain macam. Dalam keadaan macam tu pun, takdak cerita kedai kena pecah. Kalau ada pasu bunga yang pecah tak payah heran la, lari dalam keadaan mata tak berapa nak boleh buka, adat la kalau ada yang terlanggar pasu bunga.
Macam Mat Sabu kata:
"Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," - Ibid.
Kena teruk macam tu pun, takdak yang melawan, yang ada pun mungkin takat baling balik tong gas pemedih mata ke arah FRU tapi kebanyakkannya lari menyelamatkan diri. Pasainya memang dari awal lagi diingatkan yang perhimpunan tu adalah perhimpunan aman dan tujung himpunan tu bukannya nak lawan FRU atau pihak polis, cuma nak berarak ke Istana Negara pasai nak serah memorandum.
Kalau nak kata berhimpun ramai-ramai tu akan ujudkan huru-hara. Nak huru-hara apanya? Heran aku.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis