Demonstrasi jalanan BERSIH 2.0 dibatalkan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 05, 2011

Demonstrasi jalanan BERSIH 2.0 dibatalkan?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS akan akur dengan sebarang keputusan Bersih 2.0 dan sehingga kini ia tidak dibatalkan lagi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu menegaskan, sehingga kini Bersih tetap tidak berganjak dengan keputusan itu kerana tiada sebab untuk Bersih membatalkannya.

Menurut beliau, perhimpunan aman itu diadakan untuk mendesak Kerajaan BN melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil, setelah pilihanraya di negara ini tidak pernah diadakan dengan bersih dan adil seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

Katanya, jadi soal membatalkan perhimpunan itu tidak berbangkit sebab Bersih tidak membatalkannya, manakala PAS pula tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh Bersih berhubung perhimpunan berkenaan.

"PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan itu perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan keikhalasan oleh Kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. - Hrkh.
Kalau tengok perkembangan terkini, nampak macam demonstrasi jalanan hari Sabtu ni lebih kepada tak jadi nak diadakan.

Apa pun, aku harap sangat himpunan BERSIH 2.0 tu tak dibatalkan.

Walaupun ramai yang mentafsirkan yang ucapan Agong tu nampak macam menyebelahi BERSIH 2.0 terutama sekali dari segi membuat tuntutan, sebenarnya ucapan tu lebih menyebelahi Umno BN pasai secara jelas ucapan tu 'menyelar' demonstrasi.

Aku tak yakin langsung kalau himpunan BERSIH 2.0 dibatalkan, SPR 'si anjing Umno' akan penuhi 8 tuntutan  tu. Bukan nak kata 8, satu pun belum tentu.

Aku tak yakin langsung Umno BN akan benarkan SPR tunduk pada tuntutan BERSIH 2.0 walaupun Agong arahkan macam tu, langsung aku tak percaya. Takkan Umno sanggup nak lepaskan kelebihan 5% yang depa ada dengan benarkan SPR laksanakan tuntutan BERSIH tu.

Kalau tengok rekod dulu-dulu, Umno BN bukan setakat sanggup menyanggah Agong malah pernah memperlekehkan raja-raja dan melondeh kekebalan raja-raja demi mempertahankan kuasa depa. Siap buat roadshow seluruh negara lagi.

Berdasarkan laporan kat atas tu, nampaknya pendirian PAS tak teguh, lebih kepada akan bersetuju kalau Ambiga buat keputusan batalkan himpunan 9 Julai nanti.

Bersungguh-sungguh kita rejam depa sampai dah dekat-dekat nak lemas tiba-tiba kita hulurkan kayu selamatkan depa pulak.

Takkan tak kenal lagi puak-puak ni, tindakan kita selamatkan depa tu akan jadi macam kita "lepaskan anjing yang tersepit", bila dah terlepas jangan la pulak mengaduh kalau depa gigit kita lagi.

Aku harap sangat PAS ambil keputusan tak setuju kalau ada cadangan supaya himpunan tu dibatalkan, kalau boleh biar sampai tahap kena mengundi untuk tentukan keputusan.

Kalau pun PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat terpaksa bersetuju kalau keputusannya himpunan tu dibatalkan, aku harap sangat kita tekankan sungguh-sungguh yang kita bukan mengalah tapi kita cuma bagi peluang kali terakhir kepada SPR 'si anjing Umno' untuk betul-betul berubah menjadi satu badan yang benar-benar bebas dalam tempoh masa terdekat yang kita akan bagi.

Lepas ni kita tak akan teragak-agak lagi untuk buat himpunan BERSIH 3.0 kalau kita tak puas hati. Macam yang MSO tulis:
Kali ini kalau penganjurnya menetapkan hari dan tarikh, usah dihalang lagi mereka akan terus berarak menempuh ombak dan badai dan mereka sudah sanggup baju dan seluar mereka kebasahan. Uniform kuning yang sudah siap kini mereka akan simpan untuk disaut kembali. Kali ini kalau mereka saut ianya tidak akan dibuang lagi sehinggalah yang robek ditarik FRU. - MSO.
Apa pun, aku masih lagi mengharapkan Himpunan BERSIH 2.0 dijalankan jugak seperti yang dirancangkan. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan."

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Hangpa rasa kalau Allahyarham Ust Fadzil masih hidup, apa keputusan yang akan dia buat? Tanpa prejudis, saja ja melayan fikiran...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...