KUALA LUMPUR, 5 Julai: Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium.Pertama sekali sempena rombongan mengadap pengerusi BERSIH bersama 2 yang lain kemarin, aku bubuh semula latar belakang dengan warna kuning. Jangan silap faham pulak, bukan sempena warna diraja tapi sempena warna rasmi BERSIH
Keputusan Bersih dibayangkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi manakala keputusan Pakatan pula diumumkan tiga pimpinan tertinggi mereka.
Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan.
Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka. - Hrkh.
Aku nak simpan dulu komen aku pasai himpunan BERSIH 2.0 ni, nak tengok perkembangan seterusnya dulu.
Untuk kali ni aku cuma nak salin tampal apa yang aku tulis sebelum ni:
Bersungguh-sungguh kita rejam depa sampai dah dekat-dekat nak lemas tiba-tiba kita hulurkan kayu selamatkan depa pulak.Satu lagi peribahasa selain peribahasa yang aku bubuh sebelum ni:
Takkan tak kenal lagi puak-puak ni, tindakan kita selamatkan depa tu akan jadi macam kita "lepaskan anjing yang tersepit", bila dah terlepas jangan la pulak mengaduh kalau depa gigit kita lagi.
Aku harap sangat PAS ambil keputusan tak setuju kalau ada cadangan supaya himpunan tu dibatalkan, kalau boleh biar sampai tahap kena mengundi untuk tentukan keputusan.
Kalau pun PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat terpaksa bersetuju kalau keputusannya himpunan tu dibatalkan, aku harap sangat kita tekankan sungguh-sungguh yang kita bukan mengalah tapi kita cuma bagi peluang kali terakhir kepada SPR 'si anjing Umno' untuk betul-betul berubah menjadi satu badan yang benar-benar bebas dalam tempoh masa terdekat yang kita akan bagi.
Lepas ni kita tak akan teragak-agak lagi untuk buat himpunan BERSIH 3.0 kalau kita tak puas hati. - Cenangau.
"Alang-alang mandi biar basah."Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis