Perubahan tempat ceramah Mat Sabu di Bukit Gantang - tolong sebarkan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 04, 2011

Perubahan tempat ceramah Mat Sabu di Bukit Gantang - tolong sebarkan

Aku dapat SMS dari MSK yang berbunyi:  
Maklumat terkini TUKAR TEMPAT malam ini 4 Julai Ceramah, Munajat Ceramah Cuci peringkat Perak: oleh Tuan Hj Mat Sabu, Lim Guan Eng, Dato'Srti Nizar, Dr. mat Nur Manuty, PJ PAS Perak dll di Batu 9 BERTUKAR ke Markaz Pas Bukit Chempedah, Bukit Gantang... Mohon sebarkan... Su Pas Bukit Gantang
Macam iklan yang dah beberapa hari terpaparkan dalam blog aku ni macam kat bawah ni, setelah macam-macam tekanan yang depa terima, akhirnya depa buat keputusan untuk  ubah tempat ke Markaz Pas Bukit Chempedak 


Kemarin, blog Sisi Bukit ada tulis:
Ceramah Umum gelombang kedua "Orang muda geng kita "tetap berjalan seperti biasa.

Menurut Ustaz Akmal Kamaruddin Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,semua pimpinan bersetuju untuk hadir memberi penerangan. Di samping itu kita dikhabarkan kawasan itu kawasan persendirian dan hak milik cawangan.

Setakat ini menurut satu sumber jadual berjalan seperti biasa.Penyokong dan ahli diminta membawa sejadah dan tikar untuk solat hajat dan munajat. - Sisi Bukit.
Sebelum tu dia jugak laporkan:
Menurut YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar Ceramah Hj Mat Sabu dan pimpinan lain tetap berjalan seperti dijadual.

Bagi Ustaz Nordin Jaafar tempat dan masa tetap sama. "Kita mengadakan program di tanah kita"tegas Ustaz NOrdin Jaafar.

Sehubungan dengan itu penduduk Bukit Gantang dan kawasan sekitar dijemput hadir."Program ini program Dewan Pemuda PAS Perak,jadi tiada pindaan jadual"kata Ustaz Nordin Jaafar mengulas program ceramah Hj Mat Sabu dikatakan batal. - Sisi Bukit.
Kemarin dulu, blog Sisi bukit melaporkan:
Simpang,Taiping,2 Julai-ASP Ridhuan menyerah notis perintah Mahkamah Majistret Taiping kepada Ustaz Akmal Kamaruddin supaya tidak mengadakan munajat dan ceramah 4 Julai ini,di Bukit Gantang.

Sebagai responden pertama Ustaz Akmal Kamaruddin menerima perintah mahkamah bagi pihak penceramah lain.

Dalam pada itu Ustaz Akmal Kamaruddin menyatakan ceramah dan munajat tetap diteruskan - Sisi Bukit
Sisi Bukit juga melaporkan:
Sebentar tadi DS Nizar menerima notis dari Mahkamah Majistret,Taiping menghalang beliau daripada berucap atau menyertai sebarang aktiviti pada 4 Julai bermula 7 malam hingga selesai.

Permohonan jenayah No 89-07- Tahun 2011 dikemukakan Ketua Polis Daerah Taiping kepada responden, Mohd Akmal Kamarudin,Nordin Jaafar,Haji Mohamad Sabu,YAB Lim Guan Eng,DS NIzar,Ustaz Abu Bakar Husein,YB Nga Kor Meng,Dr Muhamad Nor,Dr Najihah,Ustaz Zawawi Hassan ,Raja Ahmad Al-Hiss dan mereka yang berkenaan. - Sisi bukit


Siap dapat perintah mahkamah tu!!!

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...