Buat la kat mana pun, janji bukan tempat yang Umno BN setuju | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 07, 2011

Buat la kat mana pun, janji bukan tempat yang Umno BN setuju


mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap dengan pendirian untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada Sabtu ini meskipun Kabinet tidak membenarkan ia diadakan di stadium tersebut atas alasan kumpulan itu masih lagi pertubuhan haram.
 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu di sini lewat petang Rabu, mereka menegaskan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk berhimpun di Stadium Merdeka yang dianggap sebagai lokasi strategik bagi perhimpunan itu.
 
"Kami tetap akan berkumpul secara aman bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang, Sabtu ini. Kami akan berhimpun beramai-ramai dan bersama-sama membina Malaysia," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, ahli jawatankuasa Bersih kecewa dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kabinetnya yang berdolak-dalih mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan tersebut.

"Sebagai masyarakat madani, kami tetap berpegang kepada prinsip intergriti dan sepenuh hati akan menuruti titah Yang di-Pertuan Agong yang menyarankan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan di stadium," katanya. - mStar.

Aku sebenarnya tak setuju langsung kalau himpunan tu di buat di stadium. Apa untung kalau buat kat dalam stadium lepas tu syok sendiri. Orang lain langsung tak rasa apa-apa. Lain la kalau ada lintas langsung kat TV.

Tapi kalau dah semua setuju nak buat kat dalam stadium takkan aku nak berdemo sorang-sorang kat depa Sogo kut. Kalau nak window shopping ok la jugak sorang-sorang.

Dengan perkembangan terkini, aku takdak masalah kalau himpunan BERSIH 2.0 tu di buat kat mana pun, janji tempat tu bukan tempat yang dipersetujui oleh Umno BN dan tentunya bukan tempat yang dicadangkan Umno BN.

Pasainya pada aku, tujuan utama himpunan tu adalah nak tunjukkan yang kita serius tengan tuntutan kita dan kita serius dengan pendirian kita. Kita nak tunjukkan yang kita tak akan tunduk dengan desakan Umno BN yang nak gagalkan himpunan tu.

Kita nak tunjukkan kepada rakyat yang kita sanggup hadapi apa saja cabaran yang mendatang untuk menunjukkan yang tuntutan kita tu bukan tuntutan main-main.

Apa pun, aku lebih suka kalau plan asal digunakan, kita kembali kepada demonstrasi jalanan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...