Malaysiakini melaporkan:
Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.Malaysiakini juga melaporkan:
Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.
“BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.
“BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,” katanya.
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini. - Mkini.
Polis sebentar tadi menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini menjelang perhimpunan Sabtu ini.
Sesiapa yang menyebarkan khabar angin itu akan ditangkap dan didakwa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Jangan buat andaian sendiri. Siapa yang sebarkan khabar angin ini? Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khbar angin untuk memburukkan pihak berkuasa dan polis.
"Kami akan bertindak ke atas mereka dan membawa mereka ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini. - Mkini.
Kemungkinan line handphone akan terganggu memang cukup besar, terutama sekali line Celcom dan Maxis yang memang sah-sah milik cukong kroni Umno BN.
Kalau pun mungkin tidak untuk seluruh negara, kalau takat ada gangguan di kawasan Lembah Kelang memang aku tak heran langsung. Bukan gangguan sebenarnya tapi depa syarikat telco tu sendiri buat bagi ada gangguan.
Memang la kalau ada 'gangguan' tu syarikat-syarikat telco ni akan rugi besar tapi puak-puak ni bukan peduli sangat. Pasainya 'rugi' tu bukan rugi yang sebenarnya tapi lebih kepada 'pelaburan'. Lepas ni tentu depa akan dapat pulangan balik yang berbaloi-baloi dengan 'pelaburan' depa tu.
Bukan susah sangat pun nak dapat balik pelaburan depa tu, depa cuma perlu naikkan tarif dan kerajaan Umno BN tanpa banyak soal akan sahkan. Bukan setakat sahkan tapi kerajaan siap tolong pertahankan, dengan tolong bagi macam-macam alasan bagi pihak syarikat-syarikat telco nak bagi kenaikan tu nampak tak membebankan.
Masalahnya, apa persediaan BERSIH 2.0 untuk hadapi keadaan tu?
Zaman sekarang ni, kalau line handphone kaput semua jadi payah. Hubungan terputus walaupun mungkin jarak cuma beberapa puluh meter saja. Takkan nak guna asap sebagai alat perhubungan kut, tak pasal-pasal depa kata nak merusuh pulak.
Apa pun, aku yakin, puak-puak Unit Amal dah fikir pasai halangan ni. Aku yakin depa dah ada penyelesaian kepada halangan ni. Puak-puak Umit Amal ni tahap keikhlasan depa cukup tinggi. Orang yang ikhlas ni biasa akan dapat jalan penyelesaian kepada semua halangan.
Aku yakin, Unit Amal akan bertugas lebih cemerlang dalam himpunan BERSIH 2.0 ni berbanding kecemerlangan depa masa himpunan BERSIH yang pertama tahun 2007 dulu.
Apa pun, aku nak ingatkan semua yang nak sertai himpunan BERSIH kali ni, terutama yang jenis payah nak ingat nombot telefon macam aku ni, supaya mencatat nombor-nombor penting termasuk nombor handphone sendiri dalam buku nota kecik. Kalau apa-apa hal nanti, senang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis