BERSIH 2.0 sepatutnya lebih panas daripada Bersih sebelum ini | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 07, 2011

BERSIH 2.0 sepatutnya lebih panas daripada Bersih sebelum ini

Oleh : Tin Buruk.

Saya memang mengharapkan BERSIH 2.0 lebih panas daripada Bersih sebelum ini. Perjuangan kebanaran biasanya tidak diperolehi dengan mudah. PAS telah lebih daripada 50 tahun mengecapi perjuangan kemaniasan ini. Telah ana yang cedera dan tidak kurang yang sudah sahid seperti Ustaz Ibrahim Libya.

Kemodenan dan kemewahan yang dikecapi akhir ini telah sedikit sebanyak menukar arahan dan corak perjuangan PAS. Saya tak menolak pendekatan diplomasi akhir-akhir ini.

Saya lebih suka pada BERSIH 2.0 ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang koyak baju macam Dr Hatta Mohd Ramli. Bukan sekadar pedih mata dengan asap gas pemedih. Walaupun itu pun sakit oiii kata Haji Mohamad Sabu dalam muktamar baru-baru ini.

Saya sedih bila mengetahui Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke Mekah buat Umrah. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan pemergian beliau. Hanya saya tahu jika ada pilihan raya misal kami pernah di arahkan untuk tidak menunaikan haji jika itu kali kedua atau lebih. Sebab haji wajib sekali sahaja, apatah lagi umrah!

Bersih sekarang telah di cadangkan di Stadium Merdeka. Walaupun ada ura-ura pihak stadium tak lulus tapi kita pasti di sana. Di sana kita tidak lagi panas macam dulu. Tidak lagi akan mandi air pemangkin gatal akibat daripada asasp pemedih mata.

Pada tahun 1979 atau secara tepatnya pada 31 Disember 1978 Afghanistan telah diterjah oleh kuasa Russia. Kita pada masa itu diajar tentang jihad. Ada anak Melayu yang hanya sekadar penoreh getah mempunyai sebuah basikal buruk sangguh menjual basikal dan ke Afghanistan. Di sana dia hanya memilik kasut getah (kasuh penoreh) meredah padang pasir dan batu batan.

Akhirnya Allah sahidkan dia dengan cita-citanya.

Sahid tidak semesti berserban besar, tamat kitab yang tebal. Boleh mengajar orang. Si penoreh yang miskin ini al Quran pun tak tamat. Menjadi iman pun tak mampu. Tapi dia ada hati yang ikhlas.

Pimpinan PAS sekarang ilmunya hebat berlaka. Jika dia berceramah atau berkuliah burung yang terbang pun boleh terhenti.

Saya suka untuk menglihat pimpinan PAS pada 9 Julai 2011 ini. Saya tak nak dengar ada yang mengatakan dia telah dibenarkan oleh Presiden untuk menaman itu dan ini untuk beli barangan persiapan untuk sambut Raya atau Ramadan.

Sumber: Blog Tin Buruk.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...