Cadangan Najib ni aku yakin SPR akan setuju serta merta | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 01, 2011

Cadangan Najib ni aku yakin SPR akan setuju serta merta

Bernama melaporkan:  
KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelajar Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum.

"Sekira ada keperluan seumpama itu, maka kerajaan akan mengkaji dan membincangkan dengan SPR,” kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan pada sesi dialog sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima di sini hari ini.
 
Terdahulu itu, Najib menyampaikan ucapan penutupan pada sidang kemuncak anjuran Majlis Tertinggi Pelajar Malaysia di United Kingdom (UKEC).

"Bagi membolehkan ia menjadi kenyataan, kita perlu mendapatkan majoriti dua pertiga sebelum pindaan dapat dilakukan. Kita akan melihatnya dan mungkin dapat sokongan pembangkang bagi mencapai majoriti dua pertiga dan meminda Perlembagaan,” katanya. - Bernama.
Aku berani jamin SPR akan setuju cadangan Najib ni serta merta. Malah aku tak heran langsung kalau ada yang bagitau yang SPR dah mula buat kajian sebaik saja depa baca laporan Bernama tu.

Berbanding dengan 8 tuntutan BERSIH 2.0, SPR bagi bermacam-macam alasan takmau laksanakan walaupun memang semua cadangan tu akan menjadikan SPR lebih MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam yang digariskan oleh Perlembagaan.

Kecuali la kalau hasil kajian yang depa buat, cadangan tu merugikan Umno BN. Kalau menguntungkan Umno BN tentu punya untuk sessi parlimen yang akan datang akan siap satu rang cadangan pindaan undang-undang untuk dibentangkan.

Kalau dibentangkan di Parlimen, aku yakin Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat akan mengundi sokong cadangan pindaan perlembagaan tu. Bukan setakat dapat sokongan 2/3 tapi sokongan sebulat suara. Kalau Ahli Parlimen PR tak sokong pun mungkin dari segi mekanisma tapi dari segi ideanya depa tentu sokong punya.

Cadangan ni aku rasa memang menguntungkan Umno BN pasainya tentu pelajar luar negara tu akan jadi pengundi pos. Tara undi pos askar yang gagah berani tu pun depa boleh manipulasi inikan pulak para pelajar yang belajar dengan biasiswa kerajaan. Berapa kerat sangat yang pi belajar di luar negara dengan duit sendiri berbanding yang dapat biasiswa.

Lagi pun, Umno BN dah ada infra yang cukup kuat di luar negara dengan adanya Kelab Umno Luar negara di hampir semua negara yang ramai pelajar dari Malaysia.

Kalau tengok perkembangan yang berlaku di Mesir contohnya, kuasa yang ada pada 'agen Umno' yang ada kat sana cukup kuat, sampai ada yang dibuang dari universiti pasai anjurkan himpunan BERSIH 2.0 di sana.

Aku yakin, kuasa mengugut yang ada pada 'agen Umno' di luar negara cukup kuat untuk memaksa terutamanya para pelajar yang dapat biasiswa untuk terpaksa mengundi Umno BN.

Memang aku tak nafikan ada yang akan berani untuk tak mengundi calon Umno BN tapi aku yakin majoritinya akan undi calon Umno BN walaupun depa sebenarnya cukup teringin nak sokong calon PR.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...