Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Setakat nak jumpa nak buat apa? Himpunan BERSIH 2.0 dibuat bukan pasai tak boleh jumpa SPR tapi nak gesa SPR supaya tunaikan 8 tuntutan tu.
"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.
"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - Mkini.
Sapa pun tak yakin, kalau himpunan Bersih 2.0 dibatalkan dan ada perjumpaan dengan SPR, SPR akan setuju dengan semua tuntutan tu. Bukan kata nak setuju semua tuntutann tu nak setuju satu tuntutan pun belum tentu.
SPR masih jugak gunakan alasan "kalau pilihanraya tak adil takkan Pakatan Rakyat boleh menang kerusi termasuk menang PRK.". Satu alasan yang sangat dangkal dan BANGANG. Yang betulnya, kalau SPR benar-benar bersih dan adil dah lama Umno BN tumbang, mungkin PakLah pun tak berpeluang nak jadi PM, tambah lagi la Najib.
Yang lawaknya pengerusi SPR jugak dilaporkan berkata:
Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.Kalau betul Ambiga dan ahli-ahli Bersih 2.0 terima dengan baik penjelasan SPR takkan la depa buat himpunan BERSIH 2.0 tu. Tak munasabah langsung.
Katanya lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu. - Ibid.
Lagi satu, apa pulaknya nak penuhi tuntutan tu nak kena ubah perlembagaan? Macam gunakan dakwat kekal tu, masa PRU2004 dulu pun dah nak buat, siap dah beli dakwat pun, tapi tak jadi dengan alasan yang mengarut. Takdak pulak alasan nak kena ubah perlembagaan masa batalkan penggunaan dakwat kekal tu.
Macam tu jugak kempen minima 21 hari. Mana ada dalam perlembagaan berapa hari kempen, bahkan masa dulu-dulu memang masa kempen sampai 21 hari.
Macam tu jugak aksess kepada media. Kalau SPR sanggup kutuk amalan yang RTM dan TV3 buat selama masa kempen pilihanraya pun dah cukup. Cukup dengan SPR buat kenyataan rasmi kata apa yang RTM dan TV3 buat tu salah dari segi demokrasi dan desak suruh dihentikan dan buka ruang yang sama rata kepada Pakatan Rakyat. Takkan yang tu pun nak kena pinca perlembagaan.
Macam tu jugak dengan penggunaan jentera kerajaan dan amalan rasuah yang pemimpin Umno BN buat konon atas kapasiti menteri dan kementerian. Cukup dengan SPR selar perbuatan tu dengan satu kenyataan rasmi.
Masalahnya, SPR ni macam selalu aku tulis ibarat macam 'anjing Umno'. Mana berani anjing nak lawan tuan. Kalau lawan tuan, bukan setakat soru boleh miss tapi silap-silap boleh lepas ke dalam.
Jadinya kut mana pun, himpunan BERSIH 2.0 perlu jugak diteruskan walau apa pun depa kata. Termasuk kalau Anwar Ibrahim suruh batalkan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis