Buku Hijau padam Dokumen Negara Islam? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 21, 2011

Buku Hijau padam Dokumen Negara Islam?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) akan mengetuai satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu dalam bentuk ‘Buku Hijau’ secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13.
 
“Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat,” kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
 
Panel tersebut yang ditubuhkan minggu lepas, katanya akan turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan,” tambah beliau. - Hrkh.
Aku sangat-sangat setuju PAS menerbitkan Buku Hijau ni. Dalam zaman IT ni kita tak boleh lagi sekadar berselogan. Setiap selogan yang kita bawa nak kena jelas. Sebelum nak bagi rakyat Malaysia yang berbagai agama dan budaya faham konsep negara berkebajikan yang PAS nak tawarkan, setiap ahli PAS dulu kena difahamkan sungguh-sungguh.
 
Nak kena bagi faham terutama sekali berkenaan kaitan antara konsep Negara Berkebajikan dengan konsep Negara Islam.

Lagi satu, aku harap Buku Hijau tak jadi macam Dokumen Negara Islam. Aku bukan nak kata Dokumen Negara Islam tu tak betul tapi pada aku cara persembahan dokumen tu cuma sesuai untuk orang Islam yang alim, orang Islam yang kuat asas dan pengetahuan Islam.

Aku harap Buku Hijau dipersembahkan dengan gaya penulisan yang sesuai untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa, agama dan kepercayaan. Maksud aku, Buku Jingga tu perlu dapat pengesahan dari golongan ulama', profesional dan juga aktivis. Malah lagi cantik kalau boleh dapat pengesahan dari DHPP.

Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan cara Negara Berkebajikan ni dipromosikan. Maksud aku, cara yang digunakan semacam nak bagitau yang PAS dah berlepas tangan dari cita-cita nak tegakkan konsep Negara islam.

Aku harap aku betul bila aku rasa cukup yakin sebenarnya cita-cita nak tegakkan Negara Islam masih terpahat kukuh di hati semua pimpinan PAS.

Pada aku PAS tak perlu 'berlepas tangan' dengan cita-cita Negara Islam. Konsep Negara Islam ni la yang jadi ratib penceramah PAS terutama sekali masa PAS cuba bangkit semula selepas tersungkur teruk ditendang keluar dari BN.

Sepatutnya konsep Negara Islam tu dimurnikan menggunakan konsep Negara Berkebajikan dan bukannya mengujudkan persepsi berpindah dari konsep Negara Islam kepada konsep Negara Berkebajikan.

Jangan pulak tanya aku macamana, pasai aku pun tak reti tapi aku yakin PAS tak kurang dengan orang-orang yang cerdik yang boleh memikirkan macamana cara terbaik untuk menjual konsep Negara Berkebajikan tanpa dilihat berlepas tangan dari konsep Negara Islam.

Ataupun, adakah aku yang terkhilaf pasal malas membaca?

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...