SHAH ALAM, 19 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.Dalam keadaan ramai orang dah semangat nak turun untuk himpunan BERSIH2.0 ni tiba-tiba pulak Anwar boleh buat kenyataan macam tu. Patutnya dia bagi semangat lagi, kempen lagi kuat, supaya semua orang tak kira apa bangsa dan agama supaya turun sama berhimpun.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan “esok juga” jika Najib sanggup memberi jaminan itu.
Bersih 2.0, perhimpunan kedua selepas kempen penghujung tahun 2007, akan diadakan 9 Julai ini di ibu negara.
Anwar (gambar), yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya menyokong usaha Ambiga kerana beliau mahu memperjuangkan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih. - TMI.
Ramai orang memang dah meluat sangat dengan Najib dan Rosmah terutamanya. Malah puak-puak Umno pun ramai yang tak puas hati dengan Najib dan Rosmah. Patutnya kemarahan tu dichannelkan kepada SPR supaya mengujudkan pilihanraya yang bersih supaya rakyat dapat betul-betul menghukum Najib Rosmah.
Tiba-tiba Anwar pulak nak pujuk rakyat supaya percaya dengan Najib. Gila apa nak suruh rakyat percaya dengan jaminan Najib?
Bukan takat jaminan pilihanraya yang bersih dan adil, jaminan nak bagi bulan dan matahari pun jenis akuraja complex macam Najib ni sanggup bagi. Malah puak-puak jenis ni sanggup buat apa saja untuk pastikan kuasa dia selamat.
Takkan Anwar takut dengan perkembangan terkini, dengan provokasi dari PERKASA dan pemuda Umno dan jugak ugutan pihak polis kut, cari akal lain untuk bagi himpunan tu tak jadi.
Patutnya Anwar buat kenyataan untuk meyakinkan lagi semua rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai 9 Julai nanti. Macam kenyataan dari Mat Sabu yang dilaporkan Harakahdaily:
KUALA LUMPUR, 19 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap memberi jaminan bahawa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan berjalan dalam keadaan aman jika pihak polis memberikan sepenuh kerjasama.Takkan Anwar rasa tercabar dengan Mat Sabu pulak kut bila tengok hebatnya sambutan himpunan Bersih 2.0 yang mat sabu jadi panglima utama ni?
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga keselamatan peserta himpunan dan memastikan tiada sebarang kekecohan.
"Saya merayu sekali lagi kepada Polis Diraja Malaysia, ketua polis negara supaya menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta tidak melakukan tindakan keras kepada rakyat yang menuntut demokrasi dan pilihan raya adil dan bebas," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Mohamad yakin polis mampu memantau mana-mana pihak yang berniat melakukan kekacauan dan rakyat akan berasa gembira sekiranya memorandum tersebut pada diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam keadaan aman.
"“Kalau kita sampai ke Istana Negara dengan selesa dan baik, semuanya akan berjalan dengan lancar…kita juga akan bersurai dengan baik.
“Keadaan akan jadi tidak elok apabila polis bertindak sembur gas pemedih mata dan air asid, itu yang sebabkan peserta berlari, peniaga terpaksa tutup kedai, peniaga air kena buang air sebab dimasuki air asid.
“Kalau perkara ini tidak berlaku naka saya percaya semua akan gembira, rakyat akan gembira dan peniaga juga akan gembira,” katanya. - Hrkh.
Nampak gayanya Panglima Jihad terbaru PAS ni dah berjaya menyaingi kehebatan Anwar dalam Pakatan Rakyat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis