Tahniah Ir. Judin pasai berani pilih tak jadi kucing kurap. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 24, 2011

Tahniah Ir. Judin pasai berani pilih tak jadi kucing kurap.

Malaysian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja Jabatan Kerja Raya (MBJ-JKR) mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab dalam kemelut dua ‘ketua pengarah’ yang berlaku dalam agensi kerajaan itu sejak dua bulan lalu.
MBJ-JKR yang mewakili lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.

“Sepatutnya JPA yang perlu bertanggungjawab dalam perkara ini sebab JPA yang menguruskan prosedur mengenai lantikan jawatan sebelum diserahkan kepada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

“Selain itu, SPA juga perlu mengambil tanggungjawab kerana meluluskan perkara ini dan kita harap JPA memperbaiki semula kesilapan ini,” katanya Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR Malaysia Ir Zulkifli Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Kemelut ketua pengarah JKR menjadi isu apabila pelantikan bekas ketua pengarahnya Datuk Seri Ir Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu, didakwa bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam yang ditetapkan pekeliling perkhidmatan 2008. - TMI.
Payah nak jumpa kakitangan kerajaan yang berani macam ni. Tambah-tambah pulak yang berjawatan tinggi macam Ketua Pengarah JKR, kira cipta rekod la.

Walau apa pun alasan dia tak terima perlantikan sebagai Ketua Eksekutif CIDB tu, aku tabik keberanian dia ni. Dalam keadaan ramai kakitangan kerajaan yang berlumba-lumba nak jadi 'si anjing Umno' Ir. Judin berani memilih untuk tak jadi 'kcing kurap', boleh disepak sesuka hati ke mana saja yang depa suka.

Apa pun, aku harap,  Ir. Judin selama jadi kakitangan kerajaan tak pernah beraksi sebagai 'si anjing Umno'. Aku harap dia tak pernah terlibat dalam kerja-kerja kotor sebagai penyangak, samada bagi pihak diri sendiri tambah-tambah lagi la kalau bagi pihak Umno BN dan para cukong.

Pasainya kalau ada kes, puak-puak tu akan cari dan korek sampai lubang cacing dan aku yakin depa akan jumpa. Bila dah jumpa, mungkin Ir. Judin terpaksa jugak jadi anjing kurap kalau tak sanggup terima akibat.

Tapi bila difikirkan balik, puak-puak tu tak perlukan kesalahan pun, depa takdak masalah kalau takat nak ujudkan masalah atau kes dan akan tanam bukti untuk pastikan orang macam Ir. Judin ni tersingkir.

Aku harap Ir. Judin ada cukup keberanian dan stamina bila dia ambil keputusan melawan macam ni.

Ataupun, tak mustahil jugak, Ir. Judin ada simpan rahsia besar yang boleh dijadikan senjata untuk dia pertahankan diri. Sebagai ketua Pengarah, dia tentunya ada aksess penuh kepada semua maklumat JKR. Dan tentunya di JKR, satu jabatan yang boleh dikategorikan sebagai 'lubuk duit', ada banyak peluru yang boleh dia gunakan untuk pertahankan diri.

Apa pun, aku harap jentera pilihanraya Pakatan Rakyat buat kerja bersungguh-sungguh supaya Umno BN tumbang pada PRU13 nanti. Tak ramai kakitangan kerajaan berani macam Ir. Judin ni, yang ramainya terpaksa jadi kucing kurap kalau tak sanggup jadi 'si anjing Umno."

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...