Demo Utusan esok, warm-up untuk himpunan BERSIH 2.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 23, 2011

Demo Utusan esok, warm-up untuk himpunan BERSIH 2.0

TV Selangor melaporkan:
KUALA LUMPUR 23 JUN : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan demo besar-besaran esok sebagai membantah sikap Utusan Malaysia yang enggan membuat permohonan maaf ekoran tindakan akhbar itu menyiarkan karikatur menghina Islam.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hasan, pihaknya kesal dengan akhbar milikan Umno itu yang seolah-olah mengambil pendirian "tidak bersalah" dalam perkara tersebut.
 
Beliau yang dipetik dari portal The Malaysian Insider berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan sebelum ini telah tamat kelmarin dan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Utusan.

Lantaran itu katanya, demonstrasi besar-besaran di seluruh negara akan diadakan esok.

“Sehingga hari ini kita masih belum menerima apa-apa pemohonan maaf daripada Utusan Malaysia dan kita kesal dan kecewa dengan keangkuhan yang ditunjukkan Utusan Malaysia seolah-olah mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.

“Melihat tindakan Utusan Malaysia ini saya percaya rakyat boleh menilai bagaimana media ini berperanan dengan mewujudkan banyak kekeliruan sama ada dalam hal agama atau perkauman.

“Oleh itu, kami akan mengadakan demonstrasi di setiap negeri bagi menunjukkan sikap dan pendirian kami dalam hal ini yang mana Utusan Malaysia ini angkuh, degil dan keras kepala,” ujar Nasrudin.

Tambah beliau, pihaknya akan mengarahkan Pemuda PAS setiap negeri untuk mengadakan demonstrasi esok. - TVS.
Kira demo esok ni sebagai warm-up la untuk himpunan BERSIH 2.0 9 Julai depan. Aku harap ahli pemuda PAS jangan bagi malu nama Pemuda. Jangan la pulak tak berapa kerat yang turun demo esok.

Marah kat Utusan pasai mempermain-mainkan hukum Islam tu satu pasai, setuju atau tak setuju tu lain cerita. Yang penting kena pastikan ramai pemuda turun demo esok. Tempatnya aku rasa tentu depa buat tempat biasa, tempat yang selalu DPP negeri buat demo di peringkat negeri.

Kalau di Ipoh tentunya di Mesjid Negeri, di Ipoh. macam tu jugak di negeri-negeri lain. Yang tak tau kat mana, boleh jenguk-jenguk laman web rasmi Pemuda PAS negeri masiha-masing. boleh jenguk facebook Pemuda PAS negeri masing-masing. Tentu ada maklumat kat sana.buka

Walaupun Pemuda PAS negeri yang jadi penganjur, bukan terbuka kepada pemuda PAS saja, tapi semua yang rasa nak warm-up untuk himpunan BERSIH 2.0 dijemput hadir.

Tapi, jangan la terlebih semangat pulak. Tak payah la sampai pakai baju BERSIH pulak. Kalau nak pakai jugak, sabar sat. Pakai baju tu lusa, hari Sabtu, dan yang lebih 'afdhal'nya pakai pada 2 Julai, hari warm-up rasmi sebelum himpunan BERSIH 2.0.

Akhir sekali, jangan lupa, bagi yang berkelapangan, demo esok, lepas Jumaat di masjid negeri masing-masing.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...