KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.Aku sokong sangat cadangan ni, malah kalau boleh bukan pada 2 Julai nanti ja, kalau boleh hari Sabtu ni pun kita dah mula ramai-ramai pakai.
Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
“Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.
“Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0,” ujarnya.
Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. - Hrkh.
Macam yang aku cadangkan dalam tulisan aku sebelum ni kat sini, betapa lah cantiknya kalau semenjak lepas muktamar PAS hari tu lagi diarahkan semua ahli dan penyokong PAS terutama sekali penyokong tegar Mat Sabu yang kaki demonstrasi pakat-pakat pakai baju Bersih setiap hari Sabtu.
Kita boleh bayangkan di stesyen bas ramai yang pakai baju kuning, di market ramai yang pakai baju kuning di supermarket pun ramai pakai baju kuning malah di semua tempat tumpuan orang-ramai, ramai yang pakai baju kuning.
Lagi lebih menangkap kalau bukan setakat pakai baju warna kuning tapi pakai baju BERSIH. Kalau setakat sorang-sorang pakai baju tu, mungkin la ada yang rasa segan, tapi kalau dah ramai nak segan apa lagi, malah sepatutnya bangga pakai baju tu.
Lagi cantik la hari Sabtu tu selain pakai baju Bersih macam yang aku cadangkan sebelum ni kat sini, kalau Pemuda boleh buat program sebarkan risalah berkenaan BERSIH. Risalah pasai tuntutan bersih, risalah yang ceritakan hak untuk berhimpun yang tertulis jelas dalam perlembagaan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis