Shahrizat terpaksa, dah takdak cara lain... (2) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 24, 2011

Shahrizat terpaksa, dah takdak cara lain... (2)

Sebelum ni aku dah ulas pasai isu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mintak tambahan bajet RM459 juta. Kalau yang belum baca boleh baca kat SINI.

Tapi bila aku baca balik apa yang aku tulis tu dan aku fikir balik, aku rasa aku terkhilaf, aku tersilap. Aku rasa tujuan Shahrizat mintak tambahan bajet tu bukan macam yang aku tulis tu, tak berapa tepat.
 
RM459juta tu memang banyak. Kalau nak ikut logik memang tak logik langsung Shahrizat melalui kementerian yang dia jaga boleh mintak tambahan sampai 87% dari peruntukan dalam bajet 2010.
Memang betul dia mintak tu untuk dana pilihanraya, untuk beli undi melalui sumbangan kementerian. Malah tak mustahil sebahagian dari peruntukan tu akan digunakan bukan melalui kementerian pun.

Satu benda yang aku tak terfikir masa tulis entri tu, aku terlupa yang Shahrizat ni kalah masa PRU12 dulu. Dia bertanding di kerusi parlimen Lembah Pantai. Kalau kepada Nurul Izzah, Ketua Serikandi PKR masa tu.

P121 LEMBAH PANTAI
Jumlah Pengundi: 56,650
Peratusan Kaum: M: 54.56% C: 27.04% I: 18.21% L: 0.26% 
1. Nurul Izzah Anwar (PKR) (21,728) 
2. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) (18,833)
3. N. Periasamy (Bebas) (489) 
Majoriti: 2,895
Jumlah undi: 41,289
Peratus mengundi: 72.88%
Undi rosak: 239
Penyandang: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN)
(Majoriti: 15,288 undi) 
Dia kalah tak banyak mana pun, cuma majoriti 2,895 undi saja. Cumanya bukan senang dia nak tarik dan tambah undi dari orang melayu nak tampung undi orang cina yang paling kurang pun 70% tentu tak akan undi dia PRU13 nanti.

Sebagai Ketua Wanita Umno, dan menteri pulak tu, takkan dia nak biar dia kalah lagi PRU13 nanti. Mana boleh dah nak dilantik senator untuk nak jadi menteri lagi kalau Umno BN masih memerintah. Takkan la Ketua Wanita Umno tak jadi menteri macam ketua Pemuda, jatuh la standard Wanita Umno.

Jadinya, untuk pastikan dia menang, dia menang nak kena ada dana yang cukup banyak untuk beli undi dan juga nak gerakkan jentera dia. Kalau nak harap jentera Umno bergerak tanpa dana, sama la macam berharap kereta nak jalan tanpa minyak, memang tak jalan punya, memang kalah punya.

Pasai tu la dia mintak bajet tambahan untuk kementerian yang dia jaga. Kalau semata-mata untuk kementraian yang dia jaga, tak perlu sampai sebanyak tu. Dan aku tak rasa dia peduli dengan parlimen lain, yang penting dana tu boleh digunakan untuk parlimen yang dia bertanding, Parlimen lembah Pantai.

Jadinya, jangan heran la kalau masa PRU13 nanti ramai yang tiba-tiba jatuh miskin di Lembah Pantai dan dapat bantuan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah tak mustahil tiba-tiba Parlimen Lembah Pantai jadi kawasan yang paling ramai orang miskin di Malaysia

Buka la maksud aku kesemua RM459 juta tu dia akan habihkan di Parlimen Lembah Pantai saja. Memang la nak kena bagi kat Parlimen lain sama. Tapi aku yakin tentu akan ada 'MOU' khas. Mana-mana parlimen yang nak mintak peruntukan atau program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mungkin akan disyaratkan bantu Parlimen Lembah Pantai. Mungkin bantu dalam bentuk dana dari mana-mana cukong yang depa kena cari.

Hasilnya aku rasa untuk PRU13 nanti, memang meriah la kempen Umno BN di Parlimen Lembah Pantai. Jenuh la jentera Nurul Izzah nak lawan nanti.

Cumanya aku harap Nurul Izzah berhati-hati termasuk dengan orang disekeliling dia sendiri. Dengan dana sebanyak tu, tak mustahil Shahrizat berjaya beli orang kuat Nurul Izzah. Kalau dah orang kuat sendiri kena beli, jangan salahkan orang lain kalau kalah masa PRU13 nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...