Kempen KUNINGkan blog sempena BERSIH 2.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 25, 2011

Kempen KUNINGkan blog sempena BERSIH 2.0

Macam yang aku tulis semalam, aku sangat-sangat setuju dengan promosi yang Perisik Rakyat tulis dalam blog dia:
Mengikut Kenyataan Rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat, kempen pra-BERSIH 2.0 akan dimulakan pada hari Sabtu 2hb. Julai, 2011 dimana pada hari tersebut, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan diseru supaya memakai baju kuning sebagai simbol perjuangan menuntut keamanan dan keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Masa lepak dekat Brickfields dengan geng-geng kepala pengat malam tadi, kami telah sebulat suara bersetuju untuk memulakan kempen pra-BERSIH 2.0 lebih awal dari yang dijadualkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu pada hari Sabtu 25hb. Jun, 2011 (esok).

Anda dicadangkan supaya memakai baju berwarna kuning pada hari esok, tidak ada lokasi yang dikhaskan untuk berkumpul dan anda sebenarnya tidak perlu berkumpul kerana kita tidak mahu menyusahkan pihak berkuasa pada hari esok. Biarkan mereka berehat bersama keluarga masing-masing selepas penat bekerja. - Perisik Rakyat.
Ataupun macam TukarTiub tulis:
sila mulakan kempen kuning dari hari esok
boleh pakai baju warna kuning
ikat kaian kuning di pokok
pakai ribon kuning di kereta
pakai payung warna kuning - Tukar Tiub
Untuk memeriahkan lagi promosi himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan, aku nak ajak semua pemilik blog yang sokong himpunan BERSIH 2.0 supaya kita tukar background blog kita jadi warna kuning, biar berpinar mata macam blog aku ni.

Aku cadangkan hangpa tukarkan background guna warna kuning untuk hari ni (25 Jun 2011) dan jugak Sabtu depan 2 Julai 2011. Dan tentunya pada hari bersejarah 9 Julai 2011, hari Himpunan BERSIH 2.0.

Tapi kalau ada yang nak lagi hebat, tukar terus background warna kuning tak payah tukar balik sampai 9 Julai nanti.

Jom kita kuningkan blog kita. Biar pencacai pandi kutty Umno berbulu mata bile depa masuk blog kita macam blog Intanhijau yang dah mulakan dulu.

Apa lagi? Jom kasi KUNING alam maya!!!

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...