Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.
Wartawan MerdekaReview diberitahu bahawa risalah kuning dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini. Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"
Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.
Setelah meneliti gambar yang ditunjukkan MerdekaReview, Wong Chin Huat menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH. Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!", katanya.
"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.
Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian. Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi. - Detikdaily.
Macammacam usaha dibuat untuk menggagalkan himpunan BERSIH 2.0.
Pada ku cara ni yang paling licik. Pasainya sekali tengok nampak macam betul, dan orang ramai akan anggap risalah ni tentu sebahagian dari kempen untuk himpunan BERSIH 2.0. Tapi realitinya kempen macam ni yang berjaya akan bagi nama buruk kepada penganjur himpunan BERSIH 2.0.
Tak pernah pun penganjur BERSIH 2.0 kata nak tumbangkan kerajaan melalui himpunan ni. Himpunan tu cuma nak tuntut SPR terima 8 tuntutan tu saja.
Lagi satu, depa saja tak pilih Mesir tapi pilih Libya pasainya depa harap orang yang baca risalah ni terbayang keadaan di Libya yang masih kucar-kacir sedangkan di Mesir keadaan dah kembali stabil.
Cumanya, risalah ni akan jadi lebih hebat kesan dia kalau puak-puak pencacai tu buat bukan dalam bentuk risalah, tapi dalam bentuk sticker. Lagi cantik kalau depa buat dalam bentuk sticker yang guna jenis gam yang gilababi punya kuat melekat dan tampal pulak di dinding kereta tak kira sapa. Tentu lagi bertambah ramai orang yang marah dengan himpunan BERSIH 2.0
Mungkin depa tak cukup bajek kut.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis