Sapa nak kena tangkap malam ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 29, 2011

Sapa nak kena tangkap malam ni?

Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM, 29 Jun: Menjelang majlis solat hajat dan pidato khas yang bakal diadakan malam ini, beberapa sepanduk hebahannya menjadi mangsa vandalism.
 
Objek yang menjadi sasaran penggemar vandalism dan makhluk perosak itu adalah wajah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan lambang-lambang parti dalam Pakatan Rakyat.

Sepanduk pertama yang dikenalpasti dikoyakkan dengan kesan torehan adalah di Jalan Timun, jalan masuk ke Seksyen 24 dekat sini.

Lebih ganas apabila sepanduk serupa di Seksyen 11 dan sempadan Seksyen 16/17 disembur dengan cat kelabu berbentuk salib di atas wajah Mohamad.
 
Malah semua lambang parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah dilubangkan menjadikan sepanduk itu sudah tidak berfungsi. - Hrkh.  

Aku yakin malam ni lagi ramai yang akan turun berhimpun di Program Solat Hajat dan Pidato Khas BERSIH 2.0 yang dianjurkan oleh DPP Selangor di Stadium Melawati Shah Alam.

Puak-puak parrot dan Perkasa ingat dengan tindakan depa macam orang takdak tamadun tu ahli dan penyokong PAS akan jadi takut, tak berani keluar malam ni? Depa silap besar. Malam ni akan terbukti depa silap besar.

Kalau pihak polis ingat dengan tangkap orang yang pakai baju BERSIH 2.0 ahli dan penyokong PAS akan takut, aku yakin polis silap. Malam ni aku yakin polis akan terbukti silap.

Mungkin hasrat DPP Selangor nak tengok lebih 50,000 orang membanjiri Stadium Melawati malam ni tak tercapai. Kemungkinan tak tercapai tu bukan pasai orang takut nak pi, tapi mungkin pasai depa tak berjaya sampai ke sana pasai tentu punya polis buat roadblock di setiap jalan mesuk ke kawasan stadium tu.

Nak lepas macamana kalau polis buat roadblock tu berlapis-lapis. Memang la ada yang akan berjaya lepas roadblock tu tapi aku rasa lagi ramai yang terkandas dan terpaksa berpatah balik.

Apa pun, malam ni, pihak polis akan nampak lebih jelas lagi macamana tahap sokongan orang ramai pada himpunan BERSIH 2.0. Walaupun nampak jelas tahap sokongan rakyat kepada himpunan BERSIH 2.0,  aku yakin polis akan terus berusaha gagalkan himpunan tu. Puak-puak polis jenih bermazhap Umno BN ni bukan peduli kemahuan rakyat tapi yang depa peduli cuma "arahan pihak atasan." Pihak atasan depa pulak dapat arahan terus dari Umno.

Malaysiakini pula melaporkan:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat. - Mkini.
Aku yakin, kalau polis berniat nak tangkap semua orang yang pakai baju BERSIH 2.0 malam ni, aku rasa polis tak menang tangan. Kalau setakat nak tangkap 14 orang di Sungai Siput boleh la. Kalau setakat nak tangkap tahan sebuah bas di Tol Sungai Dua boleh la. Tapi kalau dah ramai sangat yang pakai baju BERSIH 2.0 tu tak menang tangan la polis.

Apa pun, apa yang aku tulis kat atas tu cuma andaian aku. Betul atau tak kita tunggu laporan berita lewat malam ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...