Malu la kat Pak Samad... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 30, 2011

Malu la kat Pak Samad...

 
Harakahdaily melaporkan:  
SHAH ALAM, 29 Jun: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) menegaskan beliau tetap sertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan kecuali dihalang atau 'dihilangkan'.
 
Ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media petang tadi, tokoh seniman pejuang ini bertegas dengan pendirian teguhnya.
 
Pada 27 Jun lalu, Pak Samad telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan tentang sajaknya bertajuk Unggun Bersih.

Sajak yang menyokong Bersih itu dibacakan dalam majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu di ibu kota, itu pun hanya dibaca dalam dua para sahaja.

Sidang media itu disertai juga Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman; Setiausaha Paksi, Hasni Abas dan Setiausaha Budayawan Bertindak, Kassim Muhammad. - Hrkh.
Pada aku kalau orang yang dah lanjut usia macam Pak Samad ni pun sanggup lagiturun berdemo, takdak alasan untuk yang muda-muda untuk tak turun sama.

Pak Samad sanggup turun berdemo padahal hari-hari dia kat dunia ni dah tak lama mana dah. Dia boleh duduk bersenang lenang main dengan cucu. Tapi dia pilih untuk turut turun sama ke jalan raya.

Tiada lain tujuan dia melainkan nak sama-sama menuntut hak untuk anak muda yang akan mewarisi negara ni, nak sediakan penghidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Untuk anak-anak muda yang belum tergerak hati untuk turun sama berhimpun, hayatilah bait-bait puisi Pak Samad kat bawah ni.

Bagi yang rasa tak berpeluang untuk turun berhimpun kali ni atas apa jugak alasan atau halangan, pasangkan lah niat dan azam beserta doa, moga-moga diberi kesempatan oleh Allah untuk turun berhimpun.


Unggun-Bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A Samad Said



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...