PAS serahkan kerusi Lubuk Merbau kepada DAP, MSK jadi calon? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 13, 2011

PAS serahkan kerusi Lubuk Merbau kepada DAP, MSK jadi calon?

Beberapa hari lepas, Al-Banjari ada tulis:
Kuala Kangsar - Blogger otai, Mat Saman Kati atau nama sebenarnya Mohd Apandi Ahmad telah berjaya menubuhkan cawangan DAP (Melayu) di kawasan melayu di Sauk, Padang Rengas dalam Parlimen Kuala Kangsar. Satu majlis ringkas penubuhan cawangan itu telah selesai dirasmikan pada jam 3 petang tadi. Ramai pemimpin popular Pakatan Rakyat hadir dimajlis itu.

Beliau yang dihubungi berkata, " kehadiran yang ramai, dan tidak dijangka itu, benar-benar diluar jangkaannya, ". Majlis ringkas itu telah mengamit lebih ratusan penyokong Pakatan Rakyat untuk hadir di kediaman beliau dimana majlis itu diadakan. Beliau juga turut menyerahkan borang keahlian DAP dimajlis tersebut. Berita lanjut akan menyusul malam nanti.. - AlBanjariOnline
Aku sebenarnya tak berapa nak yakin dengan apa yang Banjari tulis tu. Bukan tak percaya MSK boleh masuk DAP pasainya setakat yang aku kenai memang aku tak heran langsung kalau MSK masuk DAP. Cuma tak berapa nak percaya apa yang Banjari tulis tu, tambah-tambah pulak sampai ke sudah takdak berita lanjut walaupun dia tulis "Berita lanjut akan menyusul malam nanti.."

Yang MSK pun langsung tak update dalam MalaysiaTimes dia. Jadinya, untuk memuaskan hati terpaksa la  aku telefon MSK dan dia mengesahkan berita tu.

Mungkinkah MSK akan bertanding dalam PRU13 depan atas tiket DAP?  Tak mustahil dan pada kebarangkalian dia cukup tinggi.

Memang la dia ada bagitau dia tak minat nak bertanding pilihanraya. Kalau dia berminat pun takkan dia nak bagitau kat aku. Dia ni kalau sembang dengan aku ada jugak penapis dia. Tapi aku pun rasa jenis dia ni lebih selesa dan seronok buat kerja pilihanraya dari jadi calon. Kalau dah jadi calon, kerja pilihanraya yang boleh dibuat pun cuma takat ceramah ja la. Tu pun takat perkenalkan diri, nak belasah Umno kaw-kaw pun kempen manager marah.

Tapi, MSK ni dah lama berkawan dengan orang PAS, kalau setakat nak guna alasan "wala' pada arahan pimpinan" tu takdak masalah aku rasa.

Lagi satu, Mat Sabu dalam laporan Malaysiakini baru-baru ni ada kata yang PAS berminat nak bertanding di kawasan majoriti bukan melayu. Kebanyakkan kawasan majoriti bukan melayu sebelum ni, calon DAP yang bertanding. Jadinya kalau PAS nak mintak kerusi majoriti bukan menayu dari DAP, PAS kena la bagi kerusi melayu kepada DAP sebagai ganti, baru adil.

Sebelum ni, memang ada khabar angin kata DAP nak bagi kerusi Dun Jelapang yang sebelum ni DAP bertanding untuk Hj Nizar bertanding pasai kerusi Dun Pasir Panjang dah tak berapa nak selamat. DAP memang nak sangat pastikan yang Hj Nizar menang kerusi Dun untuk jadi calon MB.

Jadinya, memang sesuai sangat la kalau DAP bagi kerusi Jelapang dan PAS pulak serahkan satu kerusi majoriti melayu kepada DAP.

Isunya sekarang ni KALAU JADI, di kerusi mana MSK akan bertanding?

Kalau ikut lokaliti, rumah MSK yang jadi tempat penubuhan cawangan DAP tu kalau tak silap aku di Sauk yang duduk dalam DUN Cenderoh dalam Parlimen Padang Rengas. Masa PRU12 memang PAS bertanding di Dun Chenderoh tapi kalah dengan majoriti 1,039 undi.

Tak berapa nak adil kalau PAS bagi kerusi Chenderoh pasai calon PAS kalah kat situ tapi DAP bagi kerusi Jelapang yang memang calon DAP menang (tapi lompat lepas tu.)

Satu lagi kerusi yang lebih sesuai untuk tukar ganti mungkin kerusi Dun Lubuk Merbau yang jugak duduk dalam parlimen Padang Rengas. Dun Lubuk Merbau ni dimenangi calon PAS, Hj Zainuddin.

Kerusi Dun Lubuk Merbau ni pun sebenarnya dah tak berapa nak selamat pasai dah la menang cuma majoriti 72 undi, ditambah lagi dengan ada lebih 8% pengundi India dan katanya pengundi india di sana bukan lagi penyokong solid Pakatan Rakyat macam masa PRU12 dulu, ramai dah yang berpaling dan kecewa dengan Pakatan Rakyat.

Masalahnya, sanggup ka PAS bagi kerusi Lubuk Merbau tu kat DAP? Kalau bagi kerusi tu kat DAP, YB Hj Zainuddin nak bertanding kat mana pulak. Walaupun sebelum ni ada khabar angin yang kata dia dah takmau bertanding tapi aku rasa dia masih berminat, pasai tu la dia bertanding AJK pusat dalam muktamar awal bulan tadi.

Lagi pulak, boleh ka orang PAS di Padang Rengas terima keputusan tu? Tentu punya depa mengamuk.

Mungkin ada yang akan ulang ayat yang pernah TG Nik Aziz kata masa tahun 1999 dulu, "Kita jangan kedekut, depa jangan tamak"

Tak kena kat hangpa boleh la hangpa kata macam tu. Cuba kena kat hangpa, aku yakin hangpa pun mengamuk jugak.
Awat MSK takdak dalam gambar ni? [sumber: FB Speaker Sivakumar]
Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...