KEPALA BATAS, 14 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, satu perhimpunan umat Melayu Pulau Pinang akan diadakan untuk menempis anggapan kononnya mereka tidak sokong Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.Mampuih Umno kali ni.
Katanya, ia akan diadakan selepas berjaya mengadakan perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai nanti.
Semua agenda tambahnya, telah dibincangkan secara tidak formal dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dipanjangkan kepada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman serta Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man.
"Perhimpunan orang Melayu di Pulau Pinang juga harus diadakan sebagai tanda mereka tidak terjerat dengan mainan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak sudah-sudah melemparkan padangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya ketika ditemui selepas berpidato di hadapan ribuan orang di padang awam, Pekan Penaga malam tadi.
Katanya, sebelum membuat persiapan perhimpunan tersebut, satu pertemuan dengan DAP akan diadakan bagi menerangkan hasrat murni berkenaan supaya kepimpinan DAP tidak salah sangka. - Hrkh.
Demo Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pun belum lagi, Mat Sabu dah siap plan nak buat satu lagi demo besar-besaran untuk orang Penang pulak.
Dengan demo ni yang paling kesian anggota polis la. Dah la masa 9 Julai nanti tah berapa puluh ribu dikerahkan ke Kuala Lumpur untuk 'mengawal' demonstrasi tu. Belum penat hilang dah nak kena kerahan tenaga ke Penang pulak.
'Berperang' di Kuala Lumpur pun belum lagi dah nak kena 'berperang' di penang pulak. Tentu punya bebulu la anggota polis. Tentu depa bebulu dengan Mat Sabu pasai anjurkan demo ni, kecuali sebahagian kecik ja kut.
Nak buat macam mana kalau memang penganut mazhab Umno BN, bukan penting sapa yang sebenarnya yang salah, yang sahehnya apa saja yang bukan Umno buat semuanya salah dan mesti dipersalahkan.
Pasahal, yang salahnya Umno. Umno punya pasai la anggota polis terpaksa 'mengawal' demonstrasi aman macam Bersih tu. Malah kalau tengok trek rekod demonstrasi yang lepas-lepas, demonstrasi aman akan tiba-tiba bertukar jadi tak aman pasai polis bertindak jadi macam 'anjing suruhan Umno'.
Mana tak jadi huru-hara kalau tiba-tiba disembur dengan air kimis dan ditembak dengan gas pemedih mata. Padahal sebelum tu ekadaan memang aman, kalau tak aman pun setakat 'sakit' telinga ja dengan jeritan bacam-macam selogan dan bantahan.
Kita tengok pulak lepas ni apa kata puak-puak EEEeee.. di Penang yang mengaku melayu nak ulas apa.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis