Ni pulak rupa 'kabinet pilihanraya' Pemuda PAS Pusat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 13, 2011

Ni pulak rupa 'kabinet pilihanraya' Pemuda PAS Pusat?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.

Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.

Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.

Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria. Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu. - Hrkh
Di bawah ni struktur yang lebih tersusun untuk mudah tengok.

Ketua : Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua : Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua : Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Setiausaha : Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 1 : Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2 : Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3 : Sdr Khairul Fahmi
Bendahari : Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
Ketua Penerangan : Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
Pengarah Pilihanraya : Sdr Mohd Sany bin Hamzan

Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]
1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah

Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]
1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ]
9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]

Walaupun aku kira masih dalam Pemuda tapi daripada ramai-ramai tu aku cuma kenai 14 orang ja dan dari 10 AJK harian pun tu aku cuma kenal 6 orang ja, tu pun takat boleh bayangkan muka depa ja macamana rupa. Jadinya, nak komen banyak-banyak pun tak berapa nak kena. Taktau la sesuai ka dak nak dipanggil 'kabinet pilihanraya'.

Yang aku nak bagitaunya, DPP Pusat kena lebih ke depan lagi lepas ni. Kalau orang macam aku pun tak berapa nak kenal, apa lagi la rakyat Malaysia yang lain. Aku taktau la relevan ka dak Ketua Pemuda nak mintak 40% dari calon PRU13 nanti dari kalangan pemuda.

Lagi satu yang aku muhskilnya, pasai apa ramai sangat AJK tambahan yang dilantik. AJK Pusat pun tak lantik seramai ni, cuma 14 orang ja.

Aku tak pasti macamana depa kira, boleh lantik sampai 20 orang ni. Pasainya kalau ikut Perlembagaan PAS, AJK DPP Pusat cuma ada 28 orang termasuk Jawatankuasa Harian. Lepas tu pulak cuma 1/3 daripada AJK selain Ketua, Timbalan dan Naib yang boleh dilantik, 2/3 lagi kena dipilih dalam muktamar. [Fasal 53 (2)]

Yang jadi mushkilnya, Pengarah Jabatan yang 13 orang tu termasuk dak sebagai korum dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, kalau tak masuk ok la kut. Tak masuk korum tu sefaham aku maksudnya tak boleh dikira kehadiran depa dan depa pun tak boleh mengundi kalau ada apa-apa yang kena mengundi. Mengesahkan minit mesyuarat pun tak boleh kut rasanya, depa cuma sekadar 'turut hadir' ja.

Macam tu ka... ?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...