Iklan Top

Top message

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Sunday, June 26, 2011

Najib tu anak jantan sangat ka?


Malaysian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Jun — Dilihat sebagai nada yang semakin keras, Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pengerusi BN ini berkata, matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 bukan mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini. - TMI.

Yang pertama sekali, bila baca statement Najib ni, nampak macam tak berapa nak cerdik PM kita ni, tak pun penasihat dia jenis tak cerdik. Bila pulak BERSIH 2.0 nak buat huru-hara. Mat Sabu selalu sangat ulang. TG Hj Hadi pun dah banyak kali cakap. Takkan tak faham-faham.

Cuba dengar klip kat bawah ni, terang dan jelas.





Yang keduanya, jantan sangat ka Najib tu. Kalau ikut kata dia tu, memang dah terbukti parti-parti dalam Pakatan Rakyat memang dah sah JANTAN. Tak pernah culan untuk masuk pilihanraya. Tak kira tara mana tak adilnya SPR pun, bertanding tetap bertanding.

Yang tak jantannya Umno dan BN bukan PR. Kalau betul anak jantan, apa masalahnya untuk Umno sama-sama desak SPR terima tuntutan BERSIH tu. Biar kita lawan di padang yang sama rata.

Yang jelasnya, Umno takkan berani nak arahkan SPR 'si anjing Umno' tu terima tuntutan BERS✔H 2.0 pasai kalau semua tuntutan tu diterima dan dilaksanakan SPR, habih la peluang Umno BN nak terus memerintah dan mengaut segala harta negara untuk depa anak beranak suku sakat.

Kalau betul anak JANTAN, apa kata Najib selaku Presiden Umno turun sekali berdemo pada 9 Julai ni. Kalau setakat hantar PERKASA dengan Pemuda Umno ja, apa barang?

BERS✔H 2.0 

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Artikel terkini

10 Orang BELASAH:

  1. mat monggol ni berani sangat ke,dengan bini pun hilang 'telok',ini nak ugut orang pulak...hey!dey lu punya geng semua grombolan bangsawan mana ada tui mau tunjuk berani???

    ReplyDelete
  2. Kejantanan Najib setakat rampas bini orang je! Atau mandrem Rosmah terlampau hebat? Bayangkan mandrem Rosmah dah berakar umbi dalam badan Najib sejak puluhan tahun! Pergh! ntah2 Najib ni bukan manusia tapi hantu raya kot? Cer try tengok Najib ikut celah kangkang!

    ReplyDelete
  3. Memang dasar puak PR nampak sangat dungunya. Kata Najib tak cerdik dah jadi PM pun. Kalau dah berjuta berhimpun kat KL tu tak ke huru hara namanya. Jalan sesak teruk dan perniagaan tak jalan kan menyusahkan rakyat KL tak ke huru hara namanya. Patut la puak PR asyik kena cucuk hidung dek Anwar je. Heeeeeeeee!!!! Haaaaaaaaaa!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Memang Najib tak seJANTAN ANUar pun....
    Anuar habis semua kena balun....
    Haaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. pokku(putrajaya)June 27, 2011 10:47 AM

    Najib jantanlah...telor jah takdok...kahkahkah!woi mangkuk, patwa natang apo nyo?sebut ulamak tu biar elok2 skit...kalu aku tak ikut Tok Guru(ulamak) habis nak ikut puok2 mu yg celaka???bengong....baso tak ingat mati puok ni...

    ReplyDelete
  6. aku pun ikut ulamak gak bukan ulamak longkang PAS tu akai ada ka???

    ReplyDelete
  7. cakap macam garang,tapi tulis komen pun tak dak nama...hantu raya ke atau pencacai angkat najis najibrosmah standard aja????

    ReplyDelete
  8. UMNO mendidik rakyat supaya jadi penipu, sbb tu dia mempertahankan sistem yang menipu.

    ReplyDelete
  9. Fitrah manusia mahukan yang elok, cantik, baik, sempurna, indah, selesa, menggembirakan, bahagia, seronok, beradab, berdisiplin, dihormati, kaya, pandai dan semua yang baik-baik (syurga)tidak kecuali inginkan yang bersih. Tetapi fitrah bagi pemimpin, ahli,penyokong/pengikut umno mahukan perkara yang buruk-buruk, sebab itu golongan ini melakukan rasuah, seleweng, sapu anak dara (budak sekolah), bini orang, berjudi, mabuk, bunuh, jadi samseng (perkasa),sapu duit rakyat, dan macam-macam lagi keburukkan yang mereka sangat suka lakukan.

    wahai umno! bila lagi kamu semua mahu berubah kepada menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH , ingtlah dunia ini sementara, kiamat semakin hampir. Cegahlah kemungkaran yang terdapat dalam diri kamu semua. Takutkan balasan ALLAH diakhirat nanti. Kerana umno lah merosak bangsa melayu, berleluasanya gejala buang anak, rempit, dadah, dll. jatidiri dalam melayu sudah terhakis kesan tarbiah yang sesat dan menyesatkan, fikirkan masa depan anakbangsa kamu, jangang fikirkan kekayaan diri dan kroni kamu sahaja.

    ReplyDelete
  10. zul said...
    Kejantanan Najib setakat rampas bini orang je! Atau mandrem Rosmah terlampau hebat? Bayangkan mandrem Rosmah dah berakar umbi dalam badan Najib sejak puluhan tahun! Pergh! ntah2 Najib ni bukan manusia tapi hantu raya kot? Cer try tengok Najib ikut celah kangkang!

    June 27, 2011 2:09 AM

    ........................

    JAKA ulas :

    apa yg zul kata ni ada relevannya. ketua dewan perniagaan india malaysia ialah proxi yg menyediakan Mr Ji , bomoh hindu dpd india utk mereka tu.

    masa mahathir dulu dia jenis menjilat tkkira apa org kata. jenis org membujur lalu melintang patah. malah sanggup sewa pejabat bawah tingkat pejabat mirzan di damansara. bodek punya pasal.

    now najib berkuasa, maka mahathir tidak berguna lagi. kebetulan rosmah pun suka berbomoh(rujuk video perempuan puaka), maka org mengantuk disorongkan bantal la.

    ReplyDelete

Sini bukan tempat mencarut, kalau nak mencarut pi mencarut di blog penchachai ParpuGomo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan bawah posting